Wednesday 30 January 2013

AMALAN SEHARIAN

Assalamualaikum =)

Setiap orang pasti ada amalan tersendiri kan ? Sama ada baik atau buruk . Alhamdulillah amalan ini saya praktikkan dari tahun lepas lagi . Khususnya ketika waktu persekolahan . Nak tahu ke ? Jom terjah !

5 pagi : Time ni wajib aku bangun tidur . Kadang saya terjaga je sebab dengar bunyi loceng berdering . Pastu tidur balik .  Tapi selalunya bangun mandi , solat sunat , ulang kaji , iron baju sekolah , masak untuk sarapan , solat subuh .

7 pagi : Mula bergerak ke sekolah . Sebelum tu baca selawat tafrijiyyah at least sekali . Kena pergi awal la nanti susah nak cari parkir . Adoyai =(

1.20 petang : Time ni dah tamat waktu persekolahan sesi pagi . Hooray bestnya . Saya selalunya orang yang terawal keluar dari kelas . Honestly saya tak selesa duk kat sekolah lama-lama sebab saya sukakan suasana yang sunyi . Mudah nak layan perasaan . Kalau kat sekolah kan bising-bising . Oh tak suka tak suka ! Bila balik rumah , saya akan makan dahulu , mandi , solat dan makan . Ya makan itu penting . Even saya makan banyak tapi body maintain kurus macam tiang gol . Kemudian saya akan tidur untuk satu jam . Lama ka ? Tapi bagi saya tempoh satu jam itu cukup membuatkan saya berasa segar untuk buat sebarang kerja . 

4 petang : Dah start buat kerja sekolah . bagi siap jugak waktu petang . waktu malam boleh ulang kaji . Bila masuk waktu jangan lupa solat pulak .

6 petang : Ikut mood . kekadang duk dalam rumah online facebook , tengok tv ka . Kalau rajin pergi pantai . Amik angin la katakan =)

7 petang : Tengok tv3 . haha sama jugak bila masuk waktu solat la .

9 malam : Start dah revise the previous lesson . 

12 malam : Tidur dah kot =)

#bila masa nak mesej insan yang teristimewa#
#sambil-sambil la you guys#

Saturday 26 January 2013

TAUBAT

Assalamualaikum muslimin wal muslimat .

Saya ini manusia . Ada akal dan perasaan . Alhamdulillah tubuh badan ini dipinjamkan dengan sempurna . Mampu untuk menggalas segala kewajipan . In shaa Allah . Namun kudrat perempuan tidak sekuat kudrat lelaki . Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam ketika Adam sedang tidur . Ketika Adam terjaga , Adam mendapati bahawa Hawa sudah berada di sisi bagi mengubat kesepian ketika berada di dalam syurga . Kerana nafsu yang kuat melebihi dari iman , Adam dan Hawa dihantar ke muka bumi Allah ini kerana mereka melakukan apa yang dilarang Allah . Apa dosa mereka ? Mereka telah memakan buah dari pohon yang dilarang Allah . Mengapa mereka melakukan larangan Allah ? Iblis yang menghasut mereka . Lalu Adam dan Hawa memohon taubat kepada Allah . Allah menerima taubat mereka .

Apakah beza manusia sekarang dengan manusia zaman dahulu ? Pada pendapat saya tidak ada yang berbeza . Iman dan nafsu telah diberi . Tetapi bagaimana kita memelihara iman dan nafsu ? Senang sahaja . Kalian pernah tak dengar solat yang khusyuk dapat mencegah kemungkaran ? Ya benar ! Solat yang khusyuk dapat mencegah kemungkaran . Bila kita khusyuk atau menjaga ibadah kita dengan baik , kita dapat rasakan Allah berada dekat dengan kita . Allah tempat kita mengadu suka dan duka . Begitu juga dengan saya . Saya ada nikmat Islam . Bila dah lahir ke dunia ini , automatik saya sudah beragama Islam kerana keturunan ibu bapa saya menganuti agama yang sama . Sampai sekarang kat kad pengenalan tertera ISLAM . 

Saya pernah buat dosa . Iman tidak setebal mana . Tapi saya tahu Allah Maha Penyayang . Allah sayang saya . Allah beri saya peluang tebus balik dosa kecil dan dosa besar yang pernah saya buat . Mengumpat pun dosa besar tau ! Itu la yang saya buat dulu . Perempuan ini sangat lemah . Mudah untuk buat dosa . Tapi mudah jugak nak masuk syurga . Macam mana ? Jaga aurat , layan suami dengan baik , buat perintah Allah . Memang senang tapi kaum hawa yang menyukarkan . Tetapi kaum hawa adalah majoriti penghuni neraka . Astagfirullah . Sesungguhnya saya takut untuk hidup di dunia ini . Tetapi saya percaya kepada Allah . Saya pasti Allah akan jaga saya kalau saya selalu mencari Allah .



Sayangku ! Bertaubatlah kamu . Bila kamu bertaubat , kamu terasa kamu dipelihara . Percaya la . Cuba buat dengan seikhlas hati . Apa-apa pun sandarkan segala suka dan duka kamu kepada Allah s.w.t . Allah Maha Mendengar . Allah Maha Penyayang .

Friday 25 January 2013

PERGINYA HAMBA ALLAH YANG MULIA

Assalamualaikum and hi =)

Mati itu pasti . Hidup in shaa Allah . Kita selalu dengar kan dua ayat ni . Ya memang betul . Semua makhluk pasti mati . Alam ini pasti hancur . Bila manusia dan alam ini berakhir ?  itu semua rahsia Allah , sayang . Kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ni perlu mentadbir dan mengurus alam ini sebaik mungkin di samping melakukan perintah Allah . 

Tidak dinafikan majoriti manusia tidak mahu mati dan tidak mahu meninggal pada usia muda . Sayang seribu kali sayang . Semua itu rahsia Allah . Mahu atau tidak kita TERPAKSA TERIMA . Semakin meningkat umur kita , semakin dekat kita dengan kubur . Rumah kata pergi , kubur kata mari . Kubur selalu memanggil kita . Tetapi kita sama sekali tidak dengar . Kalau kita dengar manusia di dalam kubur diazab , pasti semua manusia yang masih hidup melakukan amal kebajikan dan tidak mensia-siakan waktu walaupun sesaat . Hidup ini berpasangan . Ada tua ada muda . Ada sakit ada sihat . Ada kaya ada miskin . Sama jugak ada syurga ada neraka . 

Tapi aimed saya nak cerita pasal perginya seorang hamba Allah yang tawadhu' ketika berada di muka bumi ini .Biar saya bahagikan jalan cerita agar memudahkan pemahaman kalian .

MAKLUMAT DIRI ARWAH
-Namanya Yusof
-Berusia 50-an tapi bujang
-Tinggal bersama kakak
-Bekerja seperti pembantu rumah 
-Menghidap penyakit jantung dan kencing manis (kata orang)

PERIBADI ARWAH
-Menolong membuang sampah jiran-jiran
-Mematuhi segala arahan majikan
-Suka bergurau dengan kanak-kanak
-Cakap yang baik-baik sahaja
-Semua benda yang baik mungkin dilakukan beliau

SEBELUM MENINGGAL
-Beliau menceritakan kepada anak-anak remaja yang lepak di kedai makan bahawa dia bakal kahwin dengan ramai isteri . Disebutkan nama satu per satu . Semua nama yang disebutkan sangat indah . Dikatakan juga bakal isterinya sangat cantik . Namun anak-anak remaja tidak mengendahkan percakapan beliau kerana dikhuatiri tidak waras .
-Berkerass hendak menolong majikan membeli minuman di kedai makan iaitu pada hari Khamis malam jumaat ...
-Sekitar pukul 12 lebih beliau mengadu sakit perut kepada kakaknya . Ketika kakak beliau ambil ubat , beliau terbaring di katil . Bila kakak beliau hendak memberi ubat , beliau sudah meninggal dunia dengan tangan yang sudah diqiam sendiri .
-Pukul 3 pagi saya terjaga dari tidur . Rasa sejuk dan dingin yang teramat sangat . Walaupun tubuh ini berselimut , kedinginan menusuk tulang . Tetapi terasa jugak kenyamanan
-Pukul 6 pagi bangun untuk solat subuh . Mak bagi tahu Yusof sudah meninggal . Rasa tersentak dan sedih sebab semalam baru ja tengok Yusof . Selesai solat subuh saya menyiapkan diri nak ziarah keluarga arwah bagi menatap wajah Yusof buat kali terakhir . Yusof merupakan jiran saya .

KETIKA JENAZAH TERBARING KAKU
-saya diarah membuka kain yang menutupi wajah Yusof . Ya Allah Ya Tuhanku Yusof meninggal dengan mengukir senyuman kerana mungkin arwah Yusof sudah melihat syurga untuknya . 
-Kira-kira 8 pagi jenazah Yusof dimandikan . Pengurusan jenazah berjalan dengan sangat lancar . Hari itu awan mendung dengan hujan renyai yang membawa kenyamanan kepada sesiapa sahaja yang berada di kawasan setempat . Itu kuasa Allah . Sepanjang hidup Yusof , beliau sentiasa bersabar dengan mulut orang . Sama sekali tidak membantah . Allahurabbi . Sampai sekarang saya mengingati wajah Yusof yang sangat manis itu . Moga arwah Yusof ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan ditemani para bidadari . Amin .

Wednesday 23 January 2013

MEDICAL ASSISTANT

Assalamualaikum ...

Teringat lagi masa form five ... i wanna be a doctor ... tapi malas baca buku ... sibuk je bercinta . lastly , i got D in chemistry and physics ... actually , aku tak suka both subjects ... for me , biology is easier than that subject ... certainly i can't continue my study in engineering course ... haha tak kesah pun sebab aku memang tak minat engineering ... aku lebih suka ilmu yang berkaitan dengan manusia ... nak buat macam mana kan .. matriculation tak dapat , universiti pun tak dapat ... cuma dapat pra universiti ... course ekonomi pulak tu ... nasib add math aku dapat C la ....ha suka untuk bagi tau ,, chemistry must got at least 'c' . kalau dapat 'd' certainly tak dapat masuk matriculation ... kalau physics dapat 'd' you will be placed in PDT (program dua tahun) ...

aku pun manusia yang khilaf .... aku pun ada fitrah untuk bercinta ... my boyfriend tak pandai sangat ... biasa-biasa ja ... dia seorang penganggur berjaya ... penantian demi penantian , rezeki Allah sudah atur  , finally he got medical assistant training at Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta (KSKB UK) via SPA ... bukan spa untuk rawatan tubuh badan ... tapi SPA ni referred to Suruhanjaya Perkhidwatan Awam ... Baiknya Malaysia government =) syarat nak isi borang SPA sekarang ni nak kelayakan paling rendah SPM ... SRP/PMR pun ada jugak ... tapi untuk jawatan yang low class la ...

my boyfriend tell me that we can continue study for medical officer if we got 3.8 above in final year of bachelor ... if we got 3.0 above ,  we are successfully medical assistant for U29 ... basic earning or salary is RM1800 ... ok la tu ... baru diploma... ... tapi teruk sikit la katanya ... tetiba pulak aku nak tukar profesion ... dari nak jadi pakar ekonomi ke pegawai perubatan ... tapi slow-slow ... aku ni percaya sangat pada pengalaman ... pengalaman itu penting dalam memperoleh ilmu ... sebagai contoh , aku ada pengalaman ke taman-taman syurga (majlis ilmu) , so dari situ aku dapat bermacam ilmu ... biar dari penolong pegawai perubatan , study punya study dah boleh jadi doktor .... ohoii seronoknya =) besides , aku nak buat bisnes ... whatever kind of good business ...

information : scholarship for medical assistant is RM835.57 per month

Monday 14 January 2013

SCHOLARSHIP

Assalamualaikum ...

sepanjang aku study , aku tak pernah dapat scholarship ... this is the first scholarship i got  ... bukan senang nak dapat scholarship ... government buat penelitian dalam memilih calon scholarship ... alhamdulillah , i'm the one who luckiest ... tak disangka-sangka rezeki aku bulan ni murah sangat ... even ada pelbagai rintangan , ada je jalan penyelesaian ...

honestly aku memang ada financial problem ... yela awal2 sem mesti nak kena beli macam-macam ... ditambah pulak dengan kerja kursus dua subjek untuk sem ni ... Allahuakbar ! sememangnya seronok bila cikgu serah buku akaun ... aku ingatkan takda income lagi .... sekali tengok rm635 untuk past sem ... rasa seronok dan teruja ni hanya Allah yang tahu ... yela first time dapat biasiswa ... cikgu cakap sebulan dapat rm90 ... kawan-kawan ramai cakap murah sangat rm90 ... tapi aku tetap bersyukur ... at least ada jugak daripada tiada ...

ouh terlupa pulak nak cakap ... biasiswa yang aku dapat ni khas biasiswa pelajar tingkatan 6 ... aspek pertama pihak kementerian tengok ialah pendapatan waris ... mujur la ayah aku dah pencen ... dapat jugak aku rasa nikmat biasiswa ... yang kedua ialah tanggungan .... berapa ramai anak yang masik bersekolah ... ketiga ialah keputusan ... nasib baik la result spm aku ok .... rasa syukur tak terhingga kepada Allah ...

dalam kelas tadi aku tak habis-habis belek buku akaun ... yela rasa teruja tak hilang lagi .... since member aku cakap aku ni cewi ... aku bukan cewi la ... aku teruja ja .... aku sikit pun tak ambik hati .... kita jangan sensitif sangat kelak makan diri kita sendiri ... understand ??? kemudian cikgu edar borang untuk keluarkan wang where kat borang tu kita kena isi berapa ringgit yang kita nak keluarkan dan tujuan pengeluaran wang tu ... beres ?? aku pun isi la borang tu dengan rasa berbelah bagi ... nak keluarkan wang atau tidak ?? better kalau aku minta pendapat mak aku ...

excited la masa bawak moto on the way balik rumah ... nak tunjuk kat mak buku akaun tu ... sesampai je rumah mak tengok dengan wajah gembira ... she creates a warm smile ... it was pleasant to me ... so aku mintak permission mak untuk keluarkan duit ... mak cakap tak payah keluarkan duit tu sebab mak mampu lagi nak sara ... alhamdulillah ... so aku ikut je cakap mak aku ... 


Sunday 13 January 2013

SELAWAT TAFRIJIYYAH

Assalamualaikum ....

i woke up early in the morning and sharp at 5 a.m ... aku tak pernah bangun seawal ni sepanjang sesi persekolahan 2013 ... selalunya aku bangun pukul 6.15 ... mujur la aku uzur ... kalau tidak aku bagaikan kangaroo terloncat sana sini nak kejar segala tugasan ... sebelum ni aku ada kunci jam kat handphone ... tapi aku set volume rendah ... semalam before sleeping aku set high volume ... tu yang mudah terjaga tadi ... malangnya aku tido cuma 4 jam ... mata mengantuk wehh ...

i read selawat tafrijiyyah before going to school ... mak aku pernah bagi tau selawat ni bagus sangat kalau kita amalkan ... the best way is we read it fourty one times in a day ... segala masalah yang besar akan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah ... tapi tadi aku cuma baca sekali je ... tu pun sebelum baca selawat ni sempat lagi posing depan lensa dengan memakai baju sekolah .... i will never ever upload the photo in facebook ... maruah you know ... betapa bajet ayunya aku depan lensa ... saja nak berseronok di pagi hari ...

betapa kasihnya Allah terhadap hamba-hambaNya ... betapa baiknya Allah terhadap aku walaupun iman aku tak setebal mana ... Allah kenal aku tapi adakah aku kenal Allah dengan sedalam-dalamnya ? Tepuk dada tanya iman ... Hari ni aku tempuh banyak masalah ... Tapi masalah itu langsung tak membebankan aku ... memang ada rasa nervous , anger and sad bila dapat cabaran macam tu ... Tapi aku tahu Allah bagi sesuatu ujian berdasarkan kemampuan seseorang menghadapinya ... baiknya Allah :) so tolong la ingat Allah setiap saat ... Mengadu pada Allah dahulu sebelum mengadu kepada manusia sejagat ...

masalah pertama kat sekolah tadi ialah aku dapat berita kematian ayah sahabat aku ... ura-ura mengatakan arwah meninggal pukul 5 lebih pagi tadi ... sahabat aku tu seorang yang baik , pendiam dan tak suka mengumpat hal orang ... Ayah dia pun baik sangat ... Bila aku dapat tau ayah dia meninggal , aku tersentak ... ayah dia muda lagi ... meninggal sebab sakit strok ... Aku mengadu pada Allah yang aku nak sangat ziarah dan tatap wajah ayah dia buat kali terakhir ... aku ingatkan nak pi ziarah lepas balik sekolah ... tengok-tengok pukul 8 aku dapat jugak pergi ziarah dan tatap wajah ayah dia buat kali terakhir ... Alhamdulillah ...Kasihnya Allah kepada aku...

masalah kedua ialah aku disindir kawan-kawan sebab aku cuba tegakkan keadilan ... kau pernah dengar tak bercakap benar walaupun pahit ... so aku cakap straight dan perbetulkan keadaan ... unfortunately , mereka perli aku .... yela perbuatan diorang obviously bad dan buat public kat facebook ... apakah persepsi indidu yang tengok status dan komen-komen busuk diorang ... tapi Allah itu Maha Kuasa ... Dia perli aku belakang aku ja ... Tapi Allah bagaikan telah menutup sebelah pendengaran telinga aku sebab aku tak dapat catch up sangat apa yang mereka perli tu ... so aku buat don't know ... tak stress sangat pun ...

ujian ke-3 ialah buku aku tak dibalut lagi ... do you want to know entah macam mana aku lupa nak revise the previous sub-topic semalam ... dah la cikgu tu tegas ... honestly aku cakap elok-elok dia tercegat depan kelas , my heart beats laju sangat ... dup dap dup dap ... seriously aku dengar my heart beats loudly ... untuk diri aku jela ...yang terbaiknya dia tak tanya aku pun ... so jangan seronok sangat ... ambil pengajaran sebaik mungkin ... kemudian dia bagi task suruh siapkan segera and submit the book before going back home ... time tu masa cuma ada 30 minit ... entah macam mana dlam masa 30 minit aku tulis laju sangat ... the worst thing aku tak balut lagi ... so aku minta pas keluar kat ketua kelas then aku jalan laju ke koperasi ... tanpa banyak cakap aku terus beli pembalut kertas dan pembalut plastik ... aku balik je kelas terus aku suruh kawan aku tolong balut buku aku ... aku tak berniat nak membuli tapi aku tak pandai sangat nak balut buku ... sebagai upah , aku nak belanja makan char koey teow ... dengan jayanya aku berjaya siapkan task dan balut buku sebelum masa yang ditetapkan...

kau dah boleh tengok kan masalah aku settled begitu mudah ... hanya dengan sekali bacaan Allah dah tolong permudahkan urusan aku ... kalau aku baca 41 kali entah macam mana besarnya Allah tolong aku ...kalau kau tahu maksud selawat tafrijiyyah , mesti kau tergamam dan nak sangat baca selawat ni ... below is the translation...

Ya Allah Ya Tuhan kami ! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad , yang dengannya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman) , serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabt-sahabatnya , pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui .


Friday 11 January 2013

KNOWLEDGE HUNTER

Assalamualaikum...

i am a knowledge hunter ... sangat mendahagakan ilmu ... never mind la ilmu dunia atau akhirat sebab kedua-dua ilmu ni sangat penting ... if we just learnt about akhirat knowledge , kita akan mudah diperbodohkan oleh manusia-manusia berhati busuk di dunia ni ... if we just learnt world knowledge , kita akan dipandang hina oleh Allah ... so better kita stabilkan kedua-dua ilmu ni ... FYI , sesetengah ilmu dunia juga penyumbang kepada penambahan pahala kita ...

Alhamdulillah dari kecik lagi mak aku dah ajar aku berdamping dengan buku ... bila mak aku bawak aku pi book store , mesti aku ambil at least two books ... kadang-kadang ada sesetengah buku ni wrapped ... the cover looks so nice ... bila balik rumah tengok-tengok isi buku tu tak menarik ... takde gambar atau warna untuk attract readers read the book ... so i ignore je book tu ... jahat kan aku ... kalau buku motivasi mesti ada gambar ... tengok la macam mana pakar motivasi attract people to buy the books ... pemikiran yang sangat bagus...

Unfortunately , i didn't know why sejak berada at secondary school aku dah kurang baca buku ... nak buat revision apatah lagi ... i got bad result in SPM ... just 5As ... ok lagi la kan ... pressure bertambah teruk bila aku tak dapat continue my study in matriculation ... sedih sangat-sangat sebab my bestfriends continue their study there .... aku pun masuk la tingkatan 6 ... nasib baik dapat aliran ekonomi ... ambition aku dulu-dulu nak jadi doktor ... result kimia n fizik tak memberangsangkan pulak ... so aku ditawarkan study in economy course ... aku rasa macam orang bodoh ... tak sehebat kawan aku yang lain la kan ...tiba-tiba aku terfikir ... kat news mesti ada cerita pasal ekonomi ... in a day je berapa kali pemberita tu sebut pasal ekonomi ... baru la aku tersedar yang tak rugi pun aku belaja ekonomi ...

Masa semester one , aku main-main lagi ... yela tersalah pilih kawan ... enjoy ja yang aku tau ... sampai la satu hari tu baru aku faham istilah kawan makan kawan ... nasib baik la kejadian tu berlaku 2 months before the exam ... dan lagi la aku nak recover ... apa yang boleh aku katakan aku sederhana ja jawab soalan tu ... aku masih tunggu result sem satu ... ura-ura mengatakan bahawa the result will be know awal bulan 2 ... kalau result aku teruk , aku nak repeat jugak ... itu la padah tersalah pilih kawan...

Now aku belaja dalam semester dua ... alhamdulillah semangat nak belaja tak boleh nak jangka ... sampai la kepala den poning ... tak cukup rehat kan ... sejak aku minum IQ MEMORY BOOSTER , aku mudah hafal dan ingat ... cepat je aku catch up .... alhamdulillah ... sesapa yang nak minuman boleh la bagi tau kat aku ... kat facebook aku ye ...harganya RM48 dan mengandungi pati kurma , kismis , madu , zafaran , habbatus sauda , ekstrak ginko , pati delima , pati buah tin , pati oren , taurina dan lain lagi-lagi ... isipadu 300ml ... 

note : menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

Wednesday 9 January 2013

Workaholic

Assalamualaikum as the beginning of speech.

Last year aku fail dengan godaan duniawi. Gila engkau. Masa berlalu begitu saja without said hello or bye. Masa buat don't know je dengan aku. Heh! Masa tetap berjalan la. Masa tak akan berhenti even a seconds lah sampai la hari kiamat. Kau ingan malaikat pencabut nyawa bagi kau permission nak buat solat sunat taubat untuk five minutes. Sorry la ye.

For this year, tanggungjawab aku begitu besar. Ya tanggungjawab student  .kena timba dan perah otak. Tapi dalam keperitan menimba ilmu ada jugak terselit rasa kebahagiaan. Kemuncaknya bila grab the success. Pegang segulung ijazah. Lambung topi tinggi-tinggi. Take picture dengan buddies and family. Kemudian letak dalam frame dan gantung kat wall. Yang modern terus upload kat facebook @instagram. Ramai pulak yang like. Huh! Lagi membakar semangat. Yang penting jangan riak.

Azam aku nak workaholic. Eh-2 i not the mabuk one. Aku nak kuat bekerja. Giat bekerja. Bekerja yang aku maksudkan kat sini study. Yes study. I ♥ study. Aku mula sedari yang aku selalu berdamping dengan buku. Aku jugak tidak mengagungkan bintang k-pop atau hiburan duniawi. Yes aku layan jugak hiburan ni but just for a moment. Tak salah kan.

Sapa yang kata aku ni best student to be for this year, syukran aku ucapkan. Ucapan itu adalah doa. Moga ucapan kalian dimakbulkan Allah. Bittaufiq wannajah. Workaholic okay!

WEDDING IN SARAWAK

Assalamualaikum

Salam rindu buat kalian....sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku. .... Kalian la ratu hatiku.....bhaha....hye guys....the first time aku pi sarawak....naik belon tuu.....bangga ooooo naik airasia.....ouh peqak!aku pi 29 december 2012 dengan family. Balik semenanjung 1 januari 2013. Kau kira la berapa lama aku duk sana. Aku taknak cakap sebenarnya sebab aku tak dak mood sangat nak taip ni. ..

RESEARCH AND HOMEWORK

Assalamualaikum uollss...

The first time aku jejak kaki kat bumi smky bagaikan dunia ni tak keruan ... do you know why ? i scared to the school rules ... yela takut la pihak sekolah dah tighten the rules ... even dalam hati takut macam nak lari balik rumah tapi muka tetap cool bahhhh .... nanti jatuh la saham aku kalo aku buat muka scared masam-masam manis gitu .... but alhamdulillah the rules stay lagi macam last year ....

Opps lupa pulak aku nak introduce ... hello my name is munirah , just call me mun ... i am 19 years old for this year ... ouh nineteen ... still sweet and teenage ...i got the first education when i was 5 years old at PASTI ... now i further my study in economy course ... upper sixth former student okay ! economy officer to be ... insyaAllah ... okay simple sentence kan ... ayat budak standard 3 ... bhaha saja ja aku buat simple sentence .... 

okey sambung balik ... aku masuk kelas bagaikan rusa masuk kampung ... kau tau apa itu rusa masuk kampung ? terpinga-pinga you know ... i never blamed to my thought ...thought aku tak pernah salah ...betul la cikgu perli-perli aku , baru balik sarawak la katakan ... but never mind ... aku anggap itu satu tease ... jangan ambik hati sangat lah .... kelak kau yang depressed ... sapa yang susah ? if you can't handled the stress wisely , you are the hapless person ... 

buddies aku selalu cakap pasal PBS ... what is PBS ... PBS tu pentaksiran berasaskan sekolah where the sixth former student must doing research ... gila engkau ... aku tak faham apa-apa ... dah la kertas PBS aku tak dapat ... macam orang bengong you know ... tu la , next time , jangan ponteng sekolah ... terima la bahana dengan redha , bhaha ... 

homework bertimbun-timbun bagaikan gunung jerai ... ditambah pulak dengan research untuk every subject ... so aku kena pandai bahagikan masa untuk buat homework dengan research ... no more postponed ... rugi kau tau tak ... orang yang paling rugi ialah orang yang mensia-siakan waktu lapangnya .... aku tak nak la tergolong dalam golongan ni ... aku nak jadi golongan yang selalu mendapat keuntungan dan ganjaran ... aku pegang pada pepatah ni ... berenang-renang dahulu , berakit-rakit ketepian , bersakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian ... if you trust , hold and apply pepatah ni , aku berani jamin kau tak rugi ... the most important is remember our Creator every seconds ... tak rugi kan kan kan ...

macam mana nak bahagikan masa dengan arif lagi bijaksana .... kalau cikgu bagi kerja , kau mesti siapkan dengan segera .... even ada masa terluang 5 minit , buat kerja kau ... tangan mesti jalan ... kalau tangan dan mulut sama-sama working , aku tak tau la apa jadinya ... kalau aku la kan tak keruan kalau sambil menyelam minum air ... gelong sat ... bila aku balik rumah , aku finished the homework A.S.A.P ... the rest kau boleh la nak buat research ... apa yang penting , KERJASAMA ... Ya , kerjasama itu penting ... tapi kat sini aku nak pressed pasal rehat ... rest jugak kan ... sleep and wake earlier ... O-two kecik , i mean oxygen gas yang mencukupi amat penting untuk human working ...lack of oo boleh buat kau low blood pressure ... okay ! air itu penting ... make sure kau pergi kerja ka sekolah ka mesti ada a bottle of air kosong bertapis ... ouh HAI-O Marketing merupakan company yang keluarkan satu benda yang dapat tapis air ... benda ? ouh sory vocab aku tak super duper ... aku akui ... eh hafiz pulak ... macam-macam la .... apa2 pun aku nak wish luck to myself .... semoga sukses dunia akhirat ...
DUNIA INI BAGAIKAN LADANG UNTUK KITA BERCUCUK TANAM , AKHIRAT TEMPAT UNTUK KITA MENUAI ...

note : skala ladang ialah melebihi 40 hektar ... tuan punya ladang ada yang agensi kerajaan (FELDA atau FELCRA) dan syarikat swasta seperti SIME DARBY ... modal untuk bina ladang boleh dapat dari pinjaman bank tempatan ... buruh ladang ramai ... ladang terletak di kawasan luar bandar iaitu di kawasan berbukit , tanah beralun dan bersaliran baik ... advantage tanah beralun adalah untuk memudahkan takungan air ... so tak terjadi la larian permukaan air yang mengakibatkan tanah terhakis dan runtuh...

Sekian dari saya ,

economy officer to be

Sunday 6 January 2013

Facebooking

Assalamualaikum and hi !

Saya rasa top social site ialah facebook .... hello you guys ! facebookers tak mengira had umur .... hari tu saya pi cyber cafe tengok budak sekolah rendah tengah facebooking .... Terkejut jugak .... seeloknya budak sekolah rendah tak perlu didedahkan dengan laman sosial ni .... takut menyalahgunakan .... aku mula buat akaun facebook masa umur 15 tahun...

HAD UMUR YANG IDEAL UNTUK MEMBUKA AKAUN FACEBOOK
Secondary school student and above ....

MASA UNTUK FACEBOOKING
Kalau tiada urusan penting buka 15 minit ... cukup la sekadar nak kemaskini status dan buat apa  yang patut ... limit chat 15 minit.... jangan melalut okay !
Kalau ada urusan penting buat sampai habis ....

TUJUAN FACEBOOKING
Berkongsi ilmu pengetahuan dan info
Tanya khabar saudara
Cari kawan lama
Promote business