Friday 25 January 2013

PERGINYA HAMBA ALLAH YANG MULIA

Assalamualaikum and hi =)

Mati itu pasti . Hidup in shaa Allah . Kita selalu dengar kan dua ayat ni . Ya memang betul . Semua makhluk pasti mati . Alam ini pasti hancur . Bila manusia dan alam ini berakhir ?  itu semua rahsia Allah , sayang . Kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ni perlu mentadbir dan mengurus alam ini sebaik mungkin di samping melakukan perintah Allah . 

Tidak dinafikan majoriti manusia tidak mahu mati dan tidak mahu meninggal pada usia muda . Sayang seribu kali sayang . Semua itu rahsia Allah . Mahu atau tidak kita TERPAKSA TERIMA . Semakin meningkat umur kita , semakin dekat kita dengan kubur . Rumah kata pergi , kubur kata mari . Kubur selalu memanggil kita . Tetapi kita sama sekali tidak dengar . Kalau kita dengar manusia di dalam kubur diazab , pasti semua manusia yang masih hidup melakukan amal kebajikan dan tidak mensia-siakan waktu walaupun sesaat . Hidup ini berpasangan . Ada tua ada muda . Ada sakit ada sihat . Ada kaya ada miskin . Sama jugak ada syurga ada neraka . 

Tapi aimed saya nak cerita pasal perginya seorang hamba Allah yang tawadhu' ketika berada di muka bumi ini .Biar saya bahagikan jalan cerita agar memudahkan pemahaman kalian .

MAKLUMAT DIRI ARWAH
-Namanya Yusof
-Berusia 50-an tapi bujang
-Tinggal bersama kakak
-Bekerja seperti pembantu rumah 
-Menghidap penyakit jantung dan kencing manis (kata orang)

PERIBADI ARWAH
-Menolong membuang sampah jiran-jiran
-Mematuhi segala arahan majikan
-Suka bergurau dengan kanak-kanak
-Cakap yang baik-baik sahaja
-Semua benda yang baik mungkin dilakukan beliau

SEBELUM MENINGGAL
-Beliau menceritakan kepada anak-anak remaja yang lepak di kedai makan bahawa dia bakal kahwin dengan ramai isteri . Disebutkan nama satu per satu . Semua nama yang disebutkan sangat indah . Dikatakan juga bakal isterinya sangat cantik . Namun anak-anak remaja tidak mengendahkan percakapan beliau kerana dikhuatiri tidak waras .
-Berkerass hendak menolong majikan membeli minuman di kedai makan iaitu pada hari Khamis malam jumaat ...
-Sekitar pukul 12 lebih beliau mengadu sakit perut kepada kakaknya . Ketika kakak beliau ambil ubat , beliau terbaring di katil . Bila kakak beliau hendak memberi ubat , beliau sudah meninggal dunia dengan tangan yang sudah diqiam sendiri .
-Pukul 3 pagi saya terjaga dari tidur . Rasa sejuk dan dingin yang teramat sangat . Walaupun tubuh ini berselimut , kedinginan menusuk tulang . Tetapi terasa jugak kenyamanan
-Pukul 6 pagi bangun untuk solat subuh . Mak bagi tahu Yusof sudah meninggal . Rasa tersentak dan sedih sebab semalam baru ja tengok Yusof . Selesai solat subuh saya menyiapkan diri nak ziarah keluarga arwah bagi menatap wajah Yusof buat kali terakhir . Yusof merupakan jiran saya .

KETIKA JENAZAH TERBARING KAKU
-saya diarah membuka kain yang menutupi wajah Yusof . Ya Allah Ya Tuhanku Yusof meninggal dengan mengukir senyuman kerana mungkin arwah Yusof sudah melihat syurga untuknya . 
-Kira-kira 8 pagi jenazah Yusof dimandikan . Pengurusan jenazah berjalan dengan sangat lancar . Hari itu awan mendung dengan hujan renyai yang membawa kenyamanan kepada sesiapa sahaja yang berada di kawasan setempat . Itu kuasa Allah . Sepanjang hidup Yusof , beliau sentiasa bersabar dengan mulut orang . Sama sekali tidak membantah . Allahurabbi . Sampai sekarang saya mengingati wajah Yusof yang sangat manis itu . Moga arwah Yusof ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan ditemani para bidadari . Amin .

No comments:

Post a Comment