Friday 28 December 2012

Sarawak Part 1

Sarawak Part 1 tells us about my first step journey to Sarawak. Tarikhnya 27hb 12. Kami bertolak dari Yan pada pukul 2.30. Syukran to Allah because we safely arrived at 5pm. Pekena mee rebus dulu. Baru la pi kat rumah kak ipar. Kami yang terlibat ialah aku, abang, adik, mak dan mak cik. Kami tidur kat rumah kak ipar untuk satu malam sahaja.

Wednesday 26 December 2012

Menghormati kedua ibu bapa

Assalamualaikum. ...

Syukur kerana masih bernafas lagi. Allah selalu menguji hamba-hambaNya kan. Termasuklah diri aku sendiri. Aku selaku remaja mesti nakkan sesuatu yang mempunyai kaitan dengan jiwa remaja. Sometime parents kita terlalu tegas dan tak memahami kehendak remaja. Macam tu la jugak dengan parents aku. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tapi aku akur.

One day, aku terlepas kemarahan aku kat parents aku. Yela aku tegur kesilapan diorang. Apa lagi parents aku angin la. Bukan angin kot. Maybe api. Aku yang tak da ketebalan iman pun berapi jugak. Yela sabar pun ada tahapnya. Sampai la satu saat tu mak aku cakap parents aku dah meluat dengar aku berleter. Please lah. Aku bukan berleter tapi aku bagi nasihat.

Sejak kejadian tu, aku menyendiri dalam bilik. Aku nak makan pun dalam bilik. Even ada cerita menarik kat tv, aku tak keluar. Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata. Tapi tak elok jugak tak bertegur sapa. Before sleeping aku muhasabah diri aku. Suddenly aku teringat ustaz cakap anak kena sabar dengan karenah ibu bapa. Insan yang hebat ialah insan yang menahan kesabaran. Aku mengucap astaghfirullah.

Esoknya aku tegur parents aku macam biasa. Tapi aku tegur pun sebab betul-betul penting ja. Aku taknak berbual kosong dengan mak aku. Menambah dosa. Sebab biasanya berbual kosong mesti ada umpatan. Aku herpegang teguh pada prevent is better than cure. Alhamdulillah berjaya. So sekarang aku dah tak buat benda-benda lagha. Dalam bilik aku mengadap buku saja. Tapi time berita aku tengok jugak. Pentingnya isu semasa bagi pelajar form 6 macam aku ni. At least, dengan tindakan aku macam tu aku dapat tahan daripada melakukan kemungkaran. Setiap kejadian pasti ada hikmah

Pengajaran
★jangan derhaka pada ibu bapa
★sabar dalam sesuatu ujian
★berfikir secara profesional dalam menyelesaikan sesuatu perkara
★jangan buat benda lagha
★tuntut ilmu sampai mati
★ingat Allah

SEKIAN

Tuesday 25 December 2012

Insan lemah

Assalamualaikum......

Aku insan yang lemah. Perlukan bimbingan supaya aku sentiasa berada di jalan yang benar. Aku juga pernah tergelincir dari keimanan. Astaghfirullah. Aku memohon taubat kepadaMu ya Allah. Hehe dua hari lepas, alang-alang mak aku nak cari barang untuk kenduri, aku pun pujuk la mak aku belikan buku rujukan untuk penggal. Ura-ura mengatakan next year aku dapat baucer rm200. Ouh thank you Najib. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Nasib la hari tu mood mak aku baik. Buku untuk semua subjek aku ambik. Amboi. Nampak gayanya kena study smart la. Kena dapat brilliant result untuk banggakan mak abah.

Aku beli buku-buku tu kat Popular (Aneka) . Eh kalau hangpa nak tau pasaraya aneka la yang paling tip top kat tempat aku. Biasa la luar bandar. Tapi aku syukur segala keperluan ada je. After taking all of the chosen text book, i'm going to the novel's part. Mak aik terbeliak mata aku. Banyak novel baru yang diterbitkan. Mak aku permit aku ambik sebuah novel je. Lastly aku ambik novel BILIK 616. sebabnya genre seram. Aku suka cerita seram ni. Then aku tengok kat motivation book part. Buku2 motivasi pun macam best jgk. Tak pe la. Aku ingat nanti2 jela aku beli buku tu. Tak ku sangka. Tak ku duga. Mak aku beli kedua-dua buku motivasi yang aku pendam nak ambik tadi tu. Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusanku.

Bila sampai rumah, aku ambik buku hasil pena prof. Aku baca dan hayati. Tenang jiwa aku. Terima kasih ya Allah

Monday 24 December 2012

Kelebihan Berilmu

Assalamualaikum ...

Firstly , saya ingin ucap ALHAMDULILLAH atas rasa syukur saya kepada Allah atas nikmat yang sedia ada ... saya dapat apa yang saya perlu dalam kehidupan saya ... tapi apa yang saya hendak belum dapat lagi ... kehendak manusia tak terbatas ... so jika kita nak gapai kehendak kita mesti la seiring dengan usaha kita , right ! apa yang perlu kita buat  ialah fikir positif tentang ALLAH ... bersangka baik dengan ALLAH ... insyaAllah hidup kita akan tenang :))

Saya mula mendapat pendidikan formal since i was 5 years .... saya ingat lagi even Friday , saya tetap nak pergi sekolah ... betapa rajinnya saya dulu ... hehe mak saya yang ceritakan zaman kanak-kanak saya ... banyak cerita yang lucu ... alhamdulillah semangat atau niat ingin menuntut ilme tak pernah pudar sampai sekarang ... Tapi tu la ... sekarang ni banyak sangat dugaan dan penghalang tegar seperti perkembangan teknologi (facebook , online game ) ... saya pun dah hanyut ... tapi syukur sangat2 .... berbekalkan buku motivasi yang mak bagi , saya bangun semula dari hanyutan teknologi .... menggunakan teknologi itu tidak salah ... tapi kita perlu pandang bagaimana kita menggunakan teknologi tu .... sebelum membuat sesuatu , better kita fikir the positive and negative effect .... 

Bagi saya , orang yang berilmu itu tidak dapat diperbodohkan ... tahat is why ada pepatah Arab menyatakan "Menuntutlah Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad" dan "Menuntut Ilmu Hingga Ke Negeri China" .... apa yang penting jangan sesekali kita jahil tentang agama kita .... pentingnya ilmu dalam kehidupan kita ... kesan orang yang memiliki ilmu ni akan mempengaruh banyak aspek ... contohnya kemajuan diri , keluarga , bangsa dan negara ...

Sekarang ni cita-cita saya nak dapatkan Ijazah Sarjana dalam course ekonomi ... Mak saya nak sangat-sangat saya jadi lecturer ... In shaa Allah .... bergantung la kepada keadaan semasa ... Saya akan cuba seimbangkan ilmu dunia dan akhirat ...Ilmu dunia juga akan dikira di hari kebangkitan sana ... Moga Allah Memberkati ... 

WAHAI UMAT ISLAM , SARANANKU MENUNTUTLAH ILMU SEHINGGA AKHIR HAYATMU ... KAMU LAKUKAN SEPERTI RASULULLAH LAKUKAN .... JANGAN SESEKALI KAMU TERTIPU DENGAN SARANAN BARAT ... KAJILAH AL-QURAN ... BERDAMPINGLAH DENGAN ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH ...IN SHAA ALLAH KAMU MENGERTI APA ITU ISLAM

SEKIAN....

Saturday 22 December 2012

Azam 2013

Assalamualaikum :-) muslimin dan muslimat sekalian. Lebih kurang sembilan hari lagi dah nak masuk tahun 2013. Last year aku ada jugak pasang azam itu dan ini tapi satu pun tak dilestarikan. So aku nak make sure azam tahun ni dilestarikan. Kalau tak seratus peratus pun takpe asalkan ada jugak inisiatif nak capai azam tu. Aku nak pastikan kehidupan aku pada tahun hadapan lebih baik daripada kehidupan pada tahun ini. Jom tinjau azam dan target aku.

1-Mantapkan lagi ibadah wajib dan menambah ibadah sunat.

2-Taat kepada ibu bapa dan bersabar dalam melayani karenah mereka.

3-Eratkan lagi silaturrahim dengan manusia yang lain. No more gosip and backbiting.

4-Jaga kesihatan. Ikut cara pemakanan yang betul agar tubuh badan sihat dan cergas.

5-Kurangkan hiburan seperti mesej, facebooking, tonton televisyen dan hang out dengan kawan2.

6-Buku sebagai peneman sejati.

7-Kurangkan gelak dan berbual kosong.

8-Save RM1000 dalam masa setahun hasil daripada baki wang perbelanjaan persekolahan.

9-Majukan lagi bisnes mak.

10-Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum

SEKIAN

Tuesday 18 December 2012

Sabar

Assalamualaikum as usual. Kali ni post aku tulis dalam fon. First time kot. Baru je install blogger app dlm fon ni. Malas plak aku nak buka laptop.Ok topik kali ni ialah sabar. Err aku memang tabik spring la kpada org yg sabar. Yela sebarang dugaan ditempuh tanpa sebarang rungutan. As you know, Allah bg ujian kt kita sbb Allah tahu kita mampu untuk tempuh dugaan tu. So be strong and patient la. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. :-) piece yoo.

Cuba kalian bg tau aku manusia mana yang takda ujian sepanjang hidup dia. Mesti ada kan. Para nabi dan rasul pun ada ujian kan. Macam2 tentangan mereka dapat. Tapi dengan kesabaran hati akan menjadi tenang. Yes! Aku berani jamin hati kau tenang. Asalkan kamu tak mencipta musuh kamu. Mencipta musuh? Lu pk la sendiri. Hehe malas pulak nak explain. FYI, aku pun sedang menempuh ujian yang sangat hebat. Ouh great test! Based my own studying, increasing in age will caused increasing in life obstacles too. Tudia ayat. Haha takpa asalkan berani mencuba guna bahasa inggeris. Baru la aku sedar, waktu kecik2 cili padi dulu rasa hepi ja. Tak payah nak fikir pasal kewangan. Yang selalu fikir ialah tentang makanan. Yeah makanan. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan! Tapi ujian hidup jugak mendorong kita menjadi lebih matang. The test teaches us how to solve the problems professionally. Guna akal untuk selesai masalah. Tau kan apa beza manusia dengan haiwan? Manusia ada akal tapi haiwan takda. So guna la akal yang Allah bagi sebaik mungkin.

Sabar jugak perlu dalam melayan karenah masyarakat. Huhu terutamanya melayan mulut pot pet kaum hawa macam aku ni. I am very sure kalian tahu majoriti penghuni neraka terdiri daripada kaum hawa. Yela kaum hawa suka sangat jaga tepi kain orang. Alhamdulillah aku dah insaf. Dulu aku mengumpat orang. Sekarang tak dah. Aku fikir buat apa la aku nak mengumpat orang. Aku dapat dosa la. Mak aii aku taknak la buku timbang amal sebelah kiri lagi berat daripada sebelah kanan. Alamatnya payah la nanti aku nak meniti atas titian sirat. Seriously takut. Apa yang aku buat sekarang, bangun pagi2 aku bersyukur kerana dapat peluang hidup dan dapat tingkatkan amal kebajikan. Then berdiri tegak depan mirror while smiling and said to myself that i want to be better than yesterday. Satu je statement yang paling aku suka. Statement ni aku buat sendiri. ORANG YANG PERNAH BUAT DOSA BESAR DAN KEMUDIAN MELAKUKAN TAUBAT AKAN MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK DARIPADA YANG SEDIA BAIK. Bila orang tu dah bertaubat dengan seikhlas hati, aku pasti dia lebih menjaga halal haram dalam kehidupan dia supaya nak dapat keredhaan Allah. Begitu jugak dengan aku. Bila nak berhijrah jadi lebih baik memerlukan pengorbanan yang amat besar. Pengorbanan dari segi rohani, mental dan fizikal. Mental yang kuat memandu rohani yang suci. Nak tau kenapa? Situasi masyarakat sekarang bila tengok someone tu berubah baik, mula la cacian dan umpatan dilontarkan. That is why mental kau kena kuat. Kau kena ingat dalam hati kau ada Allah. And kau mesti tau betapa kuatnya Rasulullah menempuh tentangan pihak2 lain bila nak sebarkan agama Islam. Bukan setakat cacian malah dibaling najis. Astaghfirullah. Saranan aku ignore je apa yang orang nak kata. Nanti pada hari kebangkitan anggota badan yang berkata2. Okay! FYI again, dulu aku seorang insan yang lemah. Bila orang tinggi suara sikit aku dah nangis. Macam budak kecik. Aku jadi seorang yang kental bila aku selalu kena marah dengan ayah aku. Hari2 aku kena marah. Dah lali aku dengar. Set je dalam minda as long as you show the good moral, one day dia akan rasa malu. Tapi kau kena sabar la. Aku rasa cukup la apa yang aku kongsi ni. Sekian

Monday 17 December 2012

First Trial

Assalamualaikum...
Hello guys :)
kemarin boring sangat-2 ....tetiba je line wifi takde...ahh kebosanan melanda .... syukran , ada jugak mende yang berfaedah yang boleh aku buat ... saja ja tengok kat movie maker .... pastu try la buat video sendiri ... dlm 5 minit buat rasa nak menyerah diri sebab qenyah sangat ...tapi macam best jugak...teringat cakap mak ... jangan buat keja separuh jalan....so aku nak show la hasil video yang aku buat...



maaf la kalo nampak ketara sangat kesalahan dalam penggunaan b.inggeris ... buat simple sentence ja ...takda aim pun nak buat video ni ... saja suka-2 :) ... saja nak cungkil bakat buat video sendiri .... wakakaka...tak salah kan nak cari ilmu :)) segala luahan dalam video tu ikhlas ye ...hope you guys like it

SEKIAN...

Saturday 15 December 2012

nota ringkas

Assalamualaikum....
 
APAKAH YANG DINAMAKAN DENGAN NOTA RINGKAS ?
Nota ringkas ni merupakan point penting dalam sesuatu fakta ... yela mana taknya dalam buku rujukan atau buku teks tulis berjela-jela ... ayat bersambung , the same colour pulak ... ohh berbinau mata ... so apa salahnya kita highlight kan  point penting dengan wonderful colour dalam buku teks tu ... dari situ , kita ambik point yang kita highlightkan masuk ke dalam nota ringkas kita ...

SIAPA YANG GUNA NOTA RINGKAS NI ?
Majoriti yang guna nota ringkas ni ialah secondary sechool student dan pelajar ipt ...

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT NOTA RINGKAS
1-Ambil kertas A4 dan lipat kepada 4 bahagian
2-Gunting mengikut garisan yang dilipat dan terbentuk empat helai kertas 
3-Tebuk lubang di penjuru atas sebelah kanan
4-Gunakan ring supaya keempat-empat helai kertas tadi tak berpisah
5-Buat peta minda sesuatu tajuk tu dengan berlainan warna dakwat pen 
6-Make sure korang guna perkataan yang boleh diringkaskan
7-Ambil point yg betul-2 penting

DI MANAKAH NOTA RINGKAS INI BOLEH DIGUNAKAN 
Anywhere tetapi bukan di dalam dewan periksa ... Salah tu ... 

SEKIAN ...

DUNIAWI vs UKHRAWI

Assalamualaikum ... dunia ini fana' (tidak kekal) manakala akhirat itu kekal ... duniawi dapat dikatakan sebagai yang berkaitan dengan dunia .... ukhrawi pula dapat dijelaskan sebagai yang berkaitan dengan akhirat ... tapi dalam zaman sekarang , dapatlah saya buat satu andaian .... andaian ni berkaitan dengan keadaan sekeliling ... nak tau apa ??? DUNIAWI > UKHRAWI .... teramatlah jarang kita nak tengok orang yang mementingkan UKHRAWI > DUNIAWI ....
Allah menciptakan bumi ini yang mempunyai gunung-ganang , lautan , tumbuh-tumbuhan dan bermacam lagi ... setelah itu , Allah meciptakan makhluk halus yang dinamakan malaikat .... tugas malaikat hanyalah beribadah kepada Allah dan sebagai perantara Allah dengan hamba-hambaNya terutama sekali nabi dan rasul ... setelah menciptakan malaikat , Allah menciptakan pula Adam ... Adam diciptakan dari tanah dan lumpur hitam lalu dibentukkan dan ditiupkan roh kepadanya ... kemudian para malaikat bersujud kepada Adam tetapi bukan sujud ibadah ... sujud ibadah hanya dilakukan kepada Allah ... iblis yang ego tidak mahu bersujud kepada Adam kerana iblis diciptakan dari unsur api manakala adam diciptakan dari unsur tanah ... Allah melaknat iblis lalu mengusir iblis dari syurga dan dikeluarkan daripada barisan malaikat .... Allah meluluskan permohonan iblis yang mahu hidup kekal sehingga hari kebangkitan iaitu selepas hari kiamat ... Maka turunlah Adam dan Hawa ke muka bumi ini setelah termakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah ... maka iblis pun bahagia ....
haha kat atas ni iblis punya identity card ... tugas iblis menyesatkan dan melalaikan manusia ... Rasulullah pernah berkata bahawa majoriti penghuni neraka ialah kaum wanita ... astaghfirullah ... sememangnya kita sedia maklum bahawa kaum hawa mempunya sembilan nafsu dan satu akal ... si iblis kerja menggoda ... oleh kerana itu kita perlu mengikut amalan Rasulullah agar kita boleh mengawal diri kita daripada terjatuh ke lembah kehinaan ... salah satunya ialah solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna ... solat yang khusyuk dapat mencegah kita daripada melakukan kemungkaran ... so peliharalah solat kita sebaik mungkin :) solat itu penting tau ! soalan pertama yang ditanya tentang amalan kita di dunia ini ialah solat ... please make sure ye kamu semua solat lima waktu ... jangan kedekut tenaga kamu nak bangun awal pagi buat solat sunat .... nilai mata wang di akhirat ialah pahala ... nilai pahala lebih tinggi daripada nilai mata wang ringgit malaysia .... jangan sesekali tertipu dengan kemewahan dunia ... so bertanamlah di dunia dan tuailah di akhirat ...

Friday 14 December 2012

my standpoint

assalamualaikum ... i still create a warm smile even have no members in my blog ... i believe that some people reading my writing .... do you know why ??? what is the prove ??? so simple , the answer just two words ... please look at the page views :)) ... the page views always showed the increasing numbers even not drastic ... sometimes the page views showed the same number ... never to be decreased , right ... but i appreciate on Allah because i can share some stories , tips , experiences and many more ... at least , i got the rewards ... hey ! please confident on yourself ... don't be sad okay !!! it just a cyber world ...
i covered my hair with pashmina ... look very weird and ugly .... that was my first trial ... i will make sure the next trial gonna be a great beuty ...

Saturday 8 December 2012

mencari kedamaian

assalamualaikum dan salam sejahtera ... selepas menduduki peperiksaan STPM bagi semester satu , most of the time i spend in house ... indoor activity je yang saya lakukan ... outdoor pun ada jugak tapi sekejap je ... kalau indoor tu biasanya kemas rumah , buat kuih (i am businesswoman) , baca novel dan etc ... kalau outdoor tu biasanya hang out dengan kawan-kawan ... ambik angin sepoi-sepoi kat pantai dengan izah ... pergi cari buku untuk semester 2 dengan zawani kat aneka ...tetapi pada 7hb saya habiskan waktu yang agak lama dengan kawan-kawan ... hang out kat alor setar ... aim-nye nak cari kain pengawas (membe punya) dan peralatan sekolah ... bukannya berjoli tanpa arah dan tujuan ... saya hang out dengan kawan-kawan yang saya tak rapat sangat tapi ikatan silaturrahim antara kami tetap baik ... even saya tak contact dengan diorang , mereka masih mengingati saya ... alhamdulillah rupa-rupanya masih ada lagi insan yang mengingati diriku ...
azimah and hanis rashid ... masih ingat lagi ... they are my closed friend when the orientation was begun ... hihi suka sangat tengok gambar ni ... actually , mereka ni pelajar baru di sekolah saya ... continue their study in History course .... wish you both luck :)
waktu turun eskalator , hanis rashid tangkap gambar kami tanpa sebarang kesedaran (ayat skema) ... haha mana tak nye handphone saya dia pegang je ... takpe lagi pun dia dah minta izin ... kebetulan saya buat langganan internet , dia nak pinjam fon saya dan nak buka account instagram dia ... saya benarkan je ... edit guna instagram memang tak rugi ... gambar dia awesome sangat ...
ouh sorry hanis rashid ... tak sempat nak posing ... alahai muka den nampak sangat macam sombong ... senyum macam tak ikhlas ... ahhh statement tadi tak benar langsung ... badan den macam bongkok je ... sesungguhnya den tak sempat nak posing ... hanis tetap kiut miut ...
hanis rashid bergigi besi ... hihi ... ao well known as ironwoman ... walaupun bergigi besi tapi dia tetap kiut ... kemahiran dia pandai posing depan lensa pastu edit gambar dengan secantik-cantiknya...mungkin time ni dia agak malu ... yela orang ramai kot ...
this picture was taken at tesco mergong , alor setar ... nak cari peralatan tulis ...tetap cool dengan senyuman yang over tuu tapi masih lagi boleh ditimbang taraf kesenyuman ... haha baru saya teringat ... senyuman saya dalam gambar di atas sama macam senyuman abg ikhwan saya :) smile please :))
dalam banyak-banyak gambar , gambar ni yang paling saya suka ... nak tau kenapa ?? hehe sebab senyuman saya menawan ... takpela puji diri sendiri ... seriously saya suka sangat gambar ni ....Alhamdulillah saya telah cover aurat saya dengan agak sempurna ... satu je silap saya ... tudung saya agak jarang sehinggakan boleh nampak anak tudung ... kalau ada duit nanti saya cuba cari tudung yang tak jarang ... semoga Allah memberkati penghijrahan diriku ini dalam semua aspek.... biar slow asalkan niat nak berubah menjadi lebih baik kerana Allah ... ya Allah , Kau letakkanlah dunia di tanganku , bukan di hatiku ... Segala sesuatu ku sandarkan padaMu ya Allah ...

Friday 7 December 2012

my birthday

assalamualaikum ... 6 december 1994 was my birth day ... alhamdulillah saya genap berumur 18 tahun pada 6 disember 2012 ... happy sangat even takda birthday party and suprised present ... tetapi masih ada jugak sahabat-sahabat yang ingat tarikh kelahiranku ... subhanallah ... 5 orang pertama yang wish ialah my hubby , izati , nazira , anis dan zawani .... ucapan adalah doa ... terima kasih kalian kerana mendoakan saya perkara yang baik2 ... macam2 ucapan seperti sanah helwah , happy birthday , selamat hari lahir ... semua ucapan itu membawa maksud yang sama...

Sunday 2 December 2012

kata-kata semangat

Assalamualaikum to all Muslims ... salam sejahtera saya ucapkan kepada non-Muslim...cliche okay ! cliche pun cliche lah asalkan saya guna words yang tak menyakitkan hati orang ... betol ? actually , saya ni masih student ... nak kata pelajar cemerlang pun tidak jugak ... senang cakap saya ni pelajar biasa ... sekarang kan bulan Muharram ... apa salahnya saya nak bina azam baru dengan kata-kata semangat yang sedia maklum kita dah dengar ... nak kata-kata semangat ? jom ikut saya mengembara ke arah perubahan rohani dan jasmani :) VIA TEXTGRAM ...i created them by myself ,okay!
actually i never beg my parents pardon before sleeping ... yela dah tak practise dari kecik-kecik cili padi lagi ... in shaa Allah i will practise this when i have my own family ... jika kita meminta maaf atau memaafi sesuatu kesalahan , kita akan rasa tenang...yela dah zero-zero ... kalau la malaikat cabut nyawa waktu kita tidur , kena azab la jawabnya nanti ... tu pun kalau kita ada buat salah dan menyakiti hati orang lain... sebesar zarah mana pun dosa seseorang terhadap kita , ampunkan jela ... yela sedangkan nabi pun ampunkan umat ....
senyum tak perlu kata apa-apa ... acewahh lirik lagu lagi....yela senyum la ... senyum ni merupakan sunnah Rasulullah....okay , huraian dah ada macam kat gambar di atas...
payah nak jumpa orang yang tak pernah melakukan kesalahan sekarang ni ... kalau tidak dengan perbuatan , mesti ada jugak lisan yang silap ... sudah menjadi adat masyarakat sekarang ni bagi persepsi yang negatif pastu mengumpat sana-sini...watch your mouth , okay ! jangan kerana mulut , badan binasa ... saya pun pernah buat silap ... hanya kerana mulut ni saya mengata tentang keburukan orang lain , cash pulak yang Allah bayar kat saya...pastu bertaubat dah ... Alhamdulillah sekarang mulut ni dah boleh control...bertaubat lah kamu ... nescaya tidak ada lagi tompok hitam di hati kamu ... asalkan kamu melakukannya dengan penuh rasa ikhlas ... ramai ilmuwan sekarang yang dahulunya mereka jahil tentang agama dan sekarang mereka adalah orang yang paling celik dan agama ... malah mereka mampu imbang keperluan dunia dan akhirat...subhanallah :))
perisai bagi manusia ialah ilmu ... tanpa ilmu , manusia mudah diperbodohkan dan tidak dapat mencapai kemajuan diri ... satu lagi pepatah Arab , menuntut ilmu biar sampai ke negeri China ... Ilmu yang kita ada sikit sangat ... so menuntut la ilmu ... tak guna kalau kita hanya menuntut ilmu dunia tetapi ilmu akhirat kita ketepikan...jangan jahil tentang agama...
ye sahabat payah nak cari...hanya seorang dalam seribu... tapi saya ada dua orang sahabat yang sya boleh trust mereka ... izzah dan zawani :)
ohohoii maaf la buat keja satu per dua jalan ... kesuntukan masa ni ... selamat beramal ye ... assalamualaikum :)

Saturday 1 December 2012

sahabat

Assalamualaikum muslimin dan muslimat . . . salam sejahtera saya ucapkan juga kepada non-muslim . . . kita kan satu Malaysia . . . so , we must respect each others . . . bagi saya , sahabat ni merupakan seseorang atau kawan yang paling boleh dipercayai (truly friend) . . . biasanya truly friend ni hanya satu dalam seribu . . . payah nak cari kawan yang boleh tolong kita masa susah dan senang , nak simpan rahsia dan memimpin kita ke arah kebaikan . . .
okay ! picture kat atas ni merupakan screenshot dari dalam smartphone (biarlah rahsia) ... conversation ni yang awesome sangat ... siap kami ampa lagi ... ouh skemanya (kedahan) ... actually kawan saya tu orang selangor ... dia bercuti kat rumah tok dia ...nama dia Izzah Aida , pelajar Asasi Sains Fizik Semester Satu di UIA ...tengok conversation tu ... penuh dengan adab sopan ... ha , macam ni la gaya perbualan yang baik ... tak menyakiti hati orang dan dapat mengeratkan hubungan sesama Muslim ... perancangan yang penuh bermakna ... tak ada sebarang masalah ... cuba la bertolak ansur dalam membincangkan sesuatu perkara ... hasilnya terbukti macam dalam gambar di atas ... siap dengan smiley lagi ... ouh awesome bangat !
mana satu saye ni ?? eh eh macam kami ni twin pulak ... okay , saya yang pakai baju biru dan memakai tudung yang berwarna cekelat tu ha ... tak segak tapi sweet (macam la boleh rasa , walhal skin manusia memang rasa masin,,takde sweet-2nye)...ha , di belakang saya tu la sahabat saya tu ... comelnya dia , sengih sampai ke telinga :)) hee sebenarnya senyuman dia tu menunjukkan dia seorang hamba Allah yang taat akan perintahNya (in shaa Allah) ... tengok wajah dia ... ada nur (cahaya) ...saya dengan izah ni kawan dari umur 12 tahun ... satu sekolah ... both of us pulak dapat result yang sama (5A) dan continue study pun di tempat yang sama (SMKA YAN) ... bila form 4 pulak masing-masing belajar kat tempat lain ... saya tukar sekolah harian (saya sakit actually) dan izah tukar ke KISAS sebab result PMR dia yang brilliant bangat ... sejuta tahniah ... even dah berpisah , kami masih lagi contact ... kalau dia balik Kedah , kami akan berjumpa , sampai la sekarang ... pic kat atas ni was taken on 1 December at Pantai Murni ... dengan berbekalkan cucur jagung , alhamdulillah saya kenyang ... jazakallahukhairan :)
awesome sangat lukisan ni :) lukisan ni izah yang buat ... kalo saya jangan harap la , tangan macam kayu ... saya tau dia suka lukis kartun-kartun jepun ni ... subhanallah , cantik sungguh lukisan hasil tangan Izah ni ... dulu masa form 1 dia penah cakap teringin nak amik course yang berkaitan dengan animasi dan nak continue study kat jepun ... tapi apakan daya izah , kita hanya boleh merancang tetapi Allah yang tentukan ... dapat sains fizik pun ok jugak ... bila ditanya sekali lagi tentang cita-cita , dia cakap nak jadi pensyarah macam ayah dia ... dan makcik dia professor to be ... insyaAllah ... all the best , izah :)
hee satu lagi lukisan katun ... yang ni pulak katun muslimah ... permintaan saya ok ... alhamdulillah ditunaikan tanpa sebarang rungutan ... cantik dan awesome sangat :) SAHABAT YANG BAIK IALAH SAHABAT YANG SENTIASA MEMIMPIN KITA KE ARAH KEBAIKAN ...sekian :)