Friday 24 August 2012

KEBERSIHAN DIRI DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI

Assalamualaikum pembaca sekalian . . Today mun nak share tips untuk menjaga kebersihan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki . . Kebersihan itu separuh daripada iman . . bila bersih , mesti nampak cantik kan . . bak kata pepatah Arab , ALLAH ITU CANTIK LAGI SUKAKAN KECANTIKAN :)

RAMBUT
Menggunakan ramuan tradisional iaitu minyak kelapa . . Caranya , masak santan asli sehingga pecah minyak , kisar santan dengan daun pandan dan akhir sekali gaul sehingga sebati . . perlu diingat juga elakkan mencuci rambut dengan kuku kerana kulit kepala boleh terluka dan menyebabkan pertumbuhan kelemumur

MUKA
kulit wajah sangat sensitif . . 3 benda penting dalam membentuk wajah yang sihat . . pencuci , toner dan penyegar . . bagi penyegar , kita boleh buat sendiri dengan menggunakan ramuan tradisional iaitu penyegar mentimun . . kita perlukan 3 biji mentimun yang dikisar halus dan 3 cawan air suam yang dicampurkan bersama dan digaul sehingga sebati . . simpan di dalam peti sejuk dan guna bila perlu . . hanya perlu sapu pada wajah . . senangkan :)

GIGI
Rasulullah bersugi setiap kali sebelum solat . . cara senang nak nak jaga gigi adalah minum air putih dan kumur selepas makan . . Elakkan minum air berkarbonat ,merokok , dan pengambilan minuman beralkohol . . kita juga boleh menggunakan chewing gam tang takda gula untuk membersihkan sisa makanan yang terdapat di celah gigi dan buat dental check up 6 bulan sekali . . kalau nak putihkan gigi pulak , senang je caranya . . ambik garam halus , campur dengan ubat gigi . . simple je tapi amalkan selalu . .

BIBIR
kalau nak dapatkan bibir merah bak delima , sapukan madu di bibir sebelum tidur :)

KUKU
rajin-rajin la mengetip kuku .

BADAN
nak hilangkan bau badan , gunakan limau kasturi . sapu je kat badan . . jangan lupa pula hiriskan limau kasturi tu dulu

No comments:

Post a Comment