Saturday 15 December 2012

DUNIAWI vs UKHRAWI

Assalamualaikum ... dunia ini fana' (tidak kekal) manakala akhirat itu kekal ... duniawi dapat dikatakan sebagai yang berkaitan dengan dunia .... ukhrawi pula dapat dijelaskan sebagai yang berkaitan dengan akhirat ... tapi dalam zaman sekarang , dapatlah saya buat satu andaian .... andaian ni berkaitan dengan keadaan sekeliling ... nak tau apa ??? DUNIAWI > UKHRAWI .... teramatlah jarang kita nak tengok orang yang mementingkan UKHRAWI > DUNIAWI ....
Allah menciptakan bumi ini yang mempunyai gunung-ganang , lautan , tumbuh-tumbuhan dan bermacam lagi ... setelah itu , Allah meciptakan makhluk halus yang dinamakan malaikat .... tugas malaikat hanyalah beribadah kepada Allah dan sebagai perantara Allah dengan hamba-hambaNya terutama sekali nabi dan rasul ... setelah menciptakan malaikat , Allah menciptakan pula Adam ... Adam diciptakan dari tanah dan lumpur hitam lalu dibentukkan dan ditiupkan roh kepadanya ... kemudian para malaikat bersujud kepada Adam tetapi bukan sujud ibadah ... sujud ibadah hanya dilakukan kepada Allah ... iblis yang ego tidak mahu bersujud kepada Adam kerana iblis diciptakan dari unsur api manakala adam diciptakan dari unsur tanah ... Allah melaknat iblis lalu mengusir iblis dari syurga dan dikeluarkan daripada barisan malaikat .... Allah meluluskan permohonan iblis yang mahu hidup kekal sehingga hari kebangkitan iaitu selepas hari kiamat ... Maka turunlah Adam dan Hawa ke muka bumi ini setelah termakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah ... maka iblis pun bahagia ....
haha kat atas ni iblis punya identity card ... tugas iblis menyesatkan dan melalaikan manusia ... Rasulullah pernah berkata bahawa majoriti penghuni neraka ialah kaum wanita ... astaghfirullah ... sememangnya kita sedia maklum bahawa kaum hawa mempunya sembilan nafsu dan satu akal ... si iblis kerja menggoda ... oleh kerana itu kita perlu mengikut amalan Rasulullah agar kita boleh mengawal diri kita daripada terjatuh ke lembah kehinaan ... salah satunya ialah solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna ... solat yang khusyuk dapat mencegah kita daripada melakukan kemungkaran ... so peliharalah solat kita sebaik mungkin :) solat itu penting tau ! soalan pertama yang ditanya tentang amalan kita di dunia ini ialah solat ... please make sure ye kamu semua solat lima waktu ... jangan kedekut tenaga kamu nak bangun awal pagi buat solat sunat .... nilai mata wang di akhirat ialah pahala ... nilai pahala lebih tinggi daripada nilai mata wang ringgit malaysia .... jangan sesekali tertipu dengan kemewahan dunia ... so bertanamlah di dunia dan tuailah di akhirat ...

No comments:

Post a Comment