Friday 12 April 2013

Cuci Mata di Gunung Jerai

Assalamualaikum :)

Jauh perjalanan , luas pemandangan ....Ya , saya setuju sangat :) Lagi sebulan munirah akan menduduki peperiksaan untuk penggal ke-2...preparation tak payah tanya la kan....masih tak cukup...wink wink....dah last minute ni kita tak boleh struggle sangat...tak semestinya kita kena belajar berjam-jam tanpa keluar melihat keindahan alam...warna hijau dapat menyegarkan kita, memberi ketenangan kepada kita...so gunakan mata kita untuk melihat alam semulajadi yang berwarna hijau...

Kelmarin, hari Jumaat rancangnya tak pergi mana-mana...hanya nak duduk kat rumah dan study...pukul 11 pagi tiba-tiba ada satu mesej masuk dari sorang kawan (nama dirahsiakan)..." mun, jom kita pergi hospital...nak derma darah la...kita pergi pukul 12.30".....oleh kerana nafsu tak kuat, munirah pun setuju....kami tunggu di kaunter hadapan opd (out patient department) atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Jabatan Pesakit Luar....Suddenly ada staff nurse lalu dan dia cakap OPD off hari ni...kalau nak derma darah datang waktu pejabat...upset okay...so we rest under a shady trees...masih di kawasan hospital....ops lupa...kitorang pergi bertiga...so kami buat keputusan nak pergi bank rakyat kat gurun...duration is 30 minutes...so kitorang pergi...terasa awal lagi ... so we decide to go to the Jerai Mount ....

Mujur lah KFC dekat je dengan Bank Rakyat....Hape tunggu lagi KFC kami serbu...Tiga kotak Cheezy Wedges, Satu bekas besar corleslaw, satu bekas besar kentang putar, dan tiga kotak zinger burgers....total rm44 ringgit....so kitorang bertolak la ke Gunung Jerai....first time mun datang sini...cadangnya hendak naik sampai ke puncak :) waktu kami pergi tu hujan rintik-rintik...munirah risau jugak ... tapi hanya mampu berdoa sebab impian nak sampai puncak gunung hari tu jugak....hokay 12 kilometer untuk sampai puncak....jalan tar untuk naik ke atas...nak naik dengan moto boleh....nak naik dengan kereta pon boleh...nak naik dengan jalan kaki pun lagi boleh....

sambil menikmati keindahan alam munirah baca ayat kursi...kata orang kat gunung jerai ada banyak perkampungan bunian...entah la....tempat yang dikatakan sahih ada perkampungan bunian adalah di Telaga Tok Syeikh...tempat ni la kami pergi....ramai orang bawa botol air untuk mengambil air telaga tu...kata orang air telaga tu mampu merawat penyakit-penyakit mistik dan dikatakan sebagai penawar penyakit2 yang lain...entah betul entah tidak....mak munirah sarankan munirah untuk tidak percaya akan kelebihan air tu...takot2 syirik...sebaik-baik air ialah air zam-zam...kat telaga itu la kami lunch...

then kitorang pergi The Regency Jerai Hill Resort...duration 5 minit dari Telaga Tok Syeikh...Resort ni berada pada ketinggian 986 meter dari aras laut...hanya mampu berkata subhanallah alhamdulillah allahu akbar....dari atas nampak laut, pulau, dan seluruh kawasan Yan...seronok tak terkata...then kitorang keliling kawasan resort...ada swimming pool ...untuk kids and adults...seriously seronok....dan juga ada buggy joyride....kemudian munirah whispered kat kawan " nanti kita datang sini nak tak? kita check in satu malam"....tanpa diduga dorang setuju....pukul 5 lebih kami bertolak balik...satu pengalaman yang manis tak terkata...harap munirah dapat datang sini lagi...for more info, please refer to http://jeraihill.theregency.com.my/.....

For the last, maaf tiada gambar sebab lupa nak bawa kamera....Hope you guys like this entry....IF YOU APPRECIATE THE BLESSINGS OF GOD, YOU WILL HAVE PIECE...LOVE OUR NATURE, PLEASE !!!

Thursday 4 April 2013

Konvensyen Pra-U Peringkat Negeri Kedah di Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...pembubaran telah dibuat kemarin, 3 April 2013 :)

Entry munirah kali ni tak berunsurkan politik ya ... tapi entry kali ni berunsurkan jati diri yang harus dibina oleh pelajar-pelajar tingkatan enam sebagai perintis sistem baharu..challenging tau when we are introduced to the new face system...memang tak boleh main-main tapi,,,,,,,,,masih perlukan entertainment untuk relaxed the body and mind..

FYI, 3 buah sekolah telah dipilih untuk participate dalam programme ni ::SMK YAN::  ::SMK DATO' SYED OMAR::  ::SMK AYER HITAM:: Kami berkampung di usm selama tiga hari iaitu 22 hingga 24 Mac...Ramai jugak membe-2 munirah yang tak nak join program ni sebab katanya membosankan... lain bagi munirah , i really excited nak pergi usm sebab munirah pernah join program macam ni jugak di usm pada tahun 2006... i always count the day to going there...dan munirah tak kisah bercampur dengan sekolah lain pun...seramai 70 orang pelajar tingkatan enam smk yan dipilih...eh, smk yan dipilih pun sebab YDP Ilmu Kemanusiaan ialah ex student smk yan.. alhamdulillah :)

DAY ONE
Kalau hangpa nak tau, hari pertama nak pi usm ialah hari sibuk sedunia...cikgu pengajian am minta munirah submit assignment hari tu jugak...mak ekau memang kalot la...dah la munirah tak packing stuffs untuk ke usm lagi...to be honest, munirah tak cukup tido gara-gara nak siapkan assignment...alhamdulillah finished already :) kami kena berkumpul di stesen bas yan pada pukul 2.45 ... pukul 12.30 baru munirah pergi rumah cikgu hantar assignment tu..bila balik rumah, munirah kalut-kalut packing stuffs...pengajarannya jangan tunda kerja

inilah wajah budak-budak ekonomi sebelum naik bas...teruja kottt

we take this picture in the Persiaran Bus...time ni kat merbok...dengan perut menyanyi lagu negaraku (lapar) , excited , headache

gee dan wana :) korang layak dapat anugerah wanita kembar terbaik...anyway korang nampak cun lah...opps this picture was taken at usm , bookalicious exhition...boleh guna baucer kott...rugi takk bawa :(

at the bookalicious exhibition

depan padang kawad...before checking in at desasiswa..makan dulu,,,

i stay here...DESASISWA AMAN DAMAI :) orangnya pun aman dan damai...desasiswa paling dekat dengan padang kawad dan desasiswa yang paling jauh untuk ke dewan kuliah

DAY TWO

dalam dewan kuliah...syiookkk bakk hiangg ... ada air-cond tu...munirah pilih seat at the third line...baru clear nak tengok prof cakap...duration selama 20 minutes dari desasiswa ke dewan kuliah...habis lencun baju dibasahi peluh...syukur air-cond sebagai pengering dan penenang

Prof tu tengah cakap tapi den tengah tangkap gambar...TERBAIK !!

di galeri dan muzium tuanku fauziah...you see ada dua ekor toyol apit munirah...nampak beno munirah ni kayooo...ye dop?

korang penah tak belaja sejarah? kalau korang dapatkan pengajian dari institusi pendidikan, korang tahu apa itu zaman neolitik...zaman neolitik ialah zaman batu...kau tengok patung tu show you kegiatan masa zaman neolitik..

patung di belakang tu jadi model untuk iklan perhambaan...tapi manusia kat depan tu jadi model buat muka takut :P

kat batu bersurat...okay mata itu terpaksa cover dek kerana flash yang terlalu terang

keluarga bahagia you know :)  {from left : fazila , mira and me }

haha theatre part ... dah sah munirah disqualified !

okay dua orang actors...terbaik !!

kulit wayang part...best woo...five stars for usm

for your information, after visiting that gallery , satu discussion untuk pemilihan pendebat diadakan...many members ask me...dan munirah katakan TAK NAK ! TAK NAK ! alasannya takot ...kau tengok dah ada unsur negatif dalam diri kan...tiga orang pendebat dipilih bagi setiap sekolah...at night, berlangsunglah debat perdana di dewan kuliah A...dan munirah lah orang yang pertama sampai di dewan kuliah tu...elok-elok masuk dewan kuliah, air-cond pulak rosak...tapi munirah cool...even hot, tapi kena act la mcm dingin-dingin gitu...

tajuk perdebatan ialah ALAM SEKITAR MUSNAH SALAH SIAPA? smk yan dapat pihak kerajaan,..sememangnya pihak kerajaan dihentam teruk...tetiba timbul rasa kekesalan dalam diri ni sebab tak ambik part dalam debat tu...kalau munirah debat sahih pihak-pihak lain bagi usul yang dungu gitu  (jahat den)...

pihak individu mengatakan mereka langsung tidak bersalah dan tidak mencemarkan alam sekitar...nih mai aku nak tanya hangpa ;;; habis kenderaan yang dah membanjiri jalan raya tu milik siapa ? kerajaan dan pemaju saja ka yang guna kenderaan ?

pihak individu juga mengatakan pihak kerajaan tidak mengetatkan undang-undang..nih mai nak habaq mai tak cukup lagi ka dengan akta-akta yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan...pihak jabatan alam sekitar juga amat komited dalam mengkaji struktur tanah dan sistem perparitan di kawasan tapak projek. aku tengok pihak majlis perbandaran komited sita premis yang melanggar peraturan..tak kan la setiap pencemar alam sekitar nak kena hukuman gantung sampai mati (nak sangat undang2 diketatkan)...

pihak pemaju kata pihak kerajaan terima rasuah...rasuah tu diberikan oleh siapa ? memang la orang yang memberi dan menerima berdosa besar...tapi oleh kerana kerakusan pihak pemaju, mungkin depa boh ubat guna2....kan2

selesai debat perdana , ada pulak program WOW! dua orang "pakar motivasi" bagi motivasi... seorang tu namanya Solihin Razali dan sorang lagi tu namanya Azhar Jalil... serius munirah kagum dengan motivasi yang dorang bagi...BAGUS....walaupun panas tapi masih energetic...habis tu pulak ada slot 'burung hantu' ...setiap peserta wajib tutup mata dengan kain hitam yang telah diberi oleh para fasilitator...ketua kumpulan je yang tak payah tutup mata tapi dorang kena bagi arahan...hanya berpegangkan tali rapia, kami terpaksa berjalan dalam kegelapan...before that, i test tutup mata dengan kain hitam tu..memang gelap gelita...kemudian mata hati berkata macam mana la agaknya kubur munirah ni...adakah gelap macam ni? then i decide main tipu ... munirah bagi ada ruang bawah mata...boleh tengok jalan...slot tu habis pukul satu lebih... fuhh nak kena balik desasiswa yang jauh nun di padang kawad...apa pun best lah ada pengalaman balik bilik awal pagi...

DAY THREE

Seperti yang termaktub dalam kertas tentatif program, hari ini kami ada explorace before going back to Kedah...rasa bersemangat bakk hianggg...

kat tasik aman...akibat gagal berdiri di atas kertas mahjung, kami didenda berjalan itik..

sape yang curi-curi amik gambar ni ?

after the explorace...group burung dapat tempat ke-3 tu...alhamdulillah takda sorang pun yang injured

lensa !  lensa ! meow !  meow !

bff from smk dato' syed omar...jia ai soon and thavamalar...dorang ni ahli kumpulan munirah

group burung bersama para fasi...abg baim dan kak ??? lupa dah nama

pelajar ekonomi smk yan...masa ni tengah tunggu bas kat depan padang kawad...dah nak balik kedah :(  hati mengatakan TAK NAK! TAK NAK!

barisan fasilitator...bas dah mai tapi masih sempat snap....fasilitator semua open-minded...

okay kat sini i suggest further study kat usm sebab usm ialah universiti dalam taman...banyak pepohon hijau kat sini...kalau kat kedah, terasa bahang matahari...tapi bila masuk u ni, rasa dingin je...panas tu ada jugak tapi tak panas sangat....so CINTAILAH ALAM SEKITAR...SAYANGILAH BUMI KITA...ALAM SEKITAR MUSNAH SALAH SIAPA ? tepuk dada tanya salah siapa?


WE LOVE USM <3

Tuesday 2 April 2013

Teknik Study Saat Akhir

Assalamualaikum....nah mata kenyit untuk kalian yang jawab salam ^__^

Waktu maghrib sudah pun berkunjung tiba...kelopak mata kurang berdaya untuk menahan rasa mengantuk...air mata bergenang...wahhh penatnya jadi seorang student..tambah-tambah waktu exam...penat gilaa baca buku pastu cover double triple chapter yang tak revise pada waktu sepatutnya...itulah padahnya belajar saat akhir...amik kau !

seriously rasa regret di situ...tapi takpe ini hanyalah monthly test...even monthly test, parents yang kena amik result anak2 dorang....munirah target 2.0 ke atas je... tak berani nak target bebanyak...kalo tak grab, malu kot :P .... ape yang penting, jadikan kisah ini sebagai pengajaran... taknak dah postpone buat tugasan dan kemudian buang sikap over lazy...exam sebenar bagi penggal 2 hanya ada sebulan lebih lagi... akan ku gunakan masa yang ada sebaik mungkin +_+

masih boleh tersenyum even last minute...mungkin ketenangan kita study last minute bantu kita untuk memahami sesuatu topik...ye dop?

You guys, sebenarnya ada teknik belajar pada saat akhir. First, kalian perlu hafal formula bagi sesuatu chapter... kalo korang tak tahu macam mana nak elaborate jawapan korang, at least korang tahu mengira di bahagian kuantitatif....teknik ini sedikit sebanyak dapat bantu anda untuk mendapatkan markah.

Second, you guys kena amik tahu definisi sesebuah perkataan...Sebagai contoh, inflasi merujuk kepada peningkatan harga umum yang berterusan dan tidak terbatas... Hanya dengan definisi yang korang bagi, korang boleh elaborate jawapan korang...munirah akan tulis berdasarkan apa yang kita fikir...bila harga barang naik,mesti la dah membebankan rakyat..taraf hidup rakyat menurun la...even korang tak dapat markah penuh, korang dapat jugak markah kan...mana la nak tau dengan pendefinisian yg korang bagi tu telah membawa kepada kelulusan sesuatu subjek tu.

Every student kena ada buku latihan tau...Korang cuba buat banyak latihan, sebanyak yang mungkin...Then korang tengok soalan dan tengok jawapan ...Bandingkan jawapan korang dengan skema jawapan...kemudian korang fahamkan skema jawapan tu..kalo boleh certengok banyak kali...in shaaAllah korang lebih faham...Most teachers ambil beberapa soalan daripada buku latihan dan ulang kaji....siapa yang rajin, dia yang dapat kan !

Group discussion juga amat penting untuk anda study pada saat-saat akhir. Misalnya, anda pandai dalam sesuatu subjek, tak salah kalau anda mengajar kawan-kawan yang lain...Ilmu apabila diberi makin beranak, harta kalau diberi (bukan sedekah) makin susut...kita nak beranak ka susut??mesti la nak yang beranak kan sebab beranak tu kan rezeki =) hihihi.....kalau anda seorang yang malas, cuba dengar dan catat apa yang kawan korang ajar...itu la kaedah pembelajaran yang berkesan....

Wednesday 27 March 2013

Appreciation's Day

Assalamualaikum and hi ;)

Dah lama munirah tak update entry... kira-kira 2 minggu.... seriously rindu sangat-sangat kat blog comey ni...pink-pink gitu....okay seronok tak terkira sebab kak Fatin Liyana dah update two entries... kak Maria Elena ?? munirah tak counting pulak sebabnya kak Maria Elena always update entry....

Setinggi rasa kesyukuran dari hambaMu yang kerdil ini kerana diberi kecerdasan otak untuk berfikir dan kecergasan tubuh badan untuk menjalankan ibadah...Alhamdulillah tenaga muda masih kuat... some people tenaga mudanya sama seperti tenaga majoriti veteran... Result stpm telah ku dapat..ku renung..ku berfikir...bibir ukir senyuman....Alhamdulillah syukran;)

Actually, munirah tak jangka yang munirah boleh dapat result cenggini sebabnye munirah memang selalu amalkan study last minute... itu memang habit munirah.... memang susah untuk cure....takpe munirah cuba untuk buang kemalasan munirah ni slowly asalkan nanti i can grab the perfectness...

muka tak bermaya....actually time tu memang sleepy sebab last night munirah burning the oil ( minyak tanah)

munirah yang ada tulisan kuning tu...inilah para penerima anugerah pencapaian cemerlang stpm 2012...apa yang penting kita kena usaha, doa dan tawakal

bersama penolong ketua pengawas...muka munirah x match dengan tudung sekolah...looks weird

apa yang penting jangan study last minute tau ;) Allah bagi kita 24 jam... so kita manfaatkan lah 24 jam yang diberi untuk menunaikan ibadah kepada Allah...Harus diingat bahawa study itu ibadah dan jihad tau? biarlah ibadah kita diiringi dengan pahala iaitu berdoa sebelum dan selepas study....Sampai di sini sahaja...thanks;)

Thursday 14 March 2013

Handle Your Stress Wisely

Assalamualaikum

Hidup di dunia ni mesti berpasang-pasangkan . Never mind la human ka animal ka feeling ka . Contohnya kalau ada manis pasti ada masin . Lelaki pasangannya perempuan . Hidup kita tak selalunya manis . Hidup kita juga tak selalunya pahit . Kedua-dua adjektif ni mesti hadir dalam hidup kita , baru la balance . 

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan. Meh munirah nak ajar beberapa tips untuk handle stress korang. Munirah klasifikasikan stress sebagai Akta Api Merbahaya . haha kalau budak law tengok munirah cipta akta ni sahih dorang cakap munirah ni fool . Hoho munirah tak belajar law , munirah belajar ekonomi ja. Jom la kita tinjau tips untuk redakan api kemarahan dan penderitaan kita tu.

# Makan makanan yang sejuk seperti ais krim dan buah tembikai

# Keluar beriadah supaya sistem pernafasan dan perkumuhan berjalan dengan lebih lancar

# Melihat alam semula jadi seperti bukit-bukau, pantai dll

# Ambil wudhu' , baca al-Quran dan solat

# Dengar muzik kegemaran

# Melihat benda yang berwarna hijau

# Baca buku motivasi

# Beritahu masalah kepada orang yang paling rapat dengan kita

# Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus nafas secara perlahan-lahan

# Senyum di hadapan cermin

# Katakan pada diri yang aku kuat ! aku kuat ! aku kuat !

# Cuba bersabar

Ingat ye Allah suka dan sayang pada orang yang selalu bersabar dan redha dengan sebarang ujian. Oleh itu. lets say alhamdulillah on every test and obstacle.

Monday 11 March 2013

How To Use BB1M

Assalamualaikum...

As you know , Malaysia Government is very kind-hearted . BB1M is an acronym of BAUCER BUKU 1 MALAYSIA .... For your information, BB1M ialah perkara yang tercatat dalam bajet 2013 . Bajet 2013 ni membicarakan tentang belanjawan negara where gov will announced belanjawan untuk next year pada tahun sebelum . I mean pengumuman belanjawan negara bagi tahun 2013 akan diumumkan pada tahun 2012. So gov mudah untuk determine apakah pelaksanaan yang dicadangkan itu berjaya ? YOU SEE =))







Okay untuk 2013 , voucher yang diberikan berjumlah RM250 compared last year just RM200 . Alhamdulillah pemberian baucer kepada pelajar STPM , DIP, MATRIK, FOUNDATION, DEGREE ni banyak meringankan beban . Memang munirah bersyukur sangat . But, munirah hairan why some students nak sangat2 tukar baucer dengan wang ? Munirah takut student tu salah guna duit tu . Hai manusia-manusia ... Ibn Khathir berkata : Allah swt menegaskan bahawa cinta dunia telah menyibukkan kamu dari berusaha mencari bekal di akhirat . Dunia ini begitu melalaikanmu sehingga maut menjemputmu lalu engkau berada di dalam liang kubur dan menjadi penghuninya. Ingin munirah jelaskan di sini bahawa biar seteruk mana pun kita cari kemewahan dunia ini akhirnya kita mati dalam keadaan yang serba kekurangan . Hanya kain kapan berwarna putih menjadi pakaian, keranda sebagai alat pengangkutan , liang lahad sebagai rumah , binatang liar sebagai makanan kepada jasad yang berbuat jahat di dunia .

Okay dah lari tajuk . Sekarang kita U-turn . Bila kita dah dapat baucer tu , first sekali kita tulis nama dan i/c kat baucer . Make sure hati2 ye masa tulis nama dan i/c sebab baucer yang ada kesan liquid paper sama sekali tidak diterima. Second , tengok date line sah laku baucer tu .Yela takot pulak kita mengalami kerugian. Bulat besar-besar kat kalendar pada dateline tu. Baru la tak lupa...Third is kita pergi la kat mana-mana bookstore yang sudi terima baucer ni . Ingat ye tak semua bookstore terima baucer ni . 

5 keping baucer diberi di mana setiap keping berjumlah rm50.

jika anda berhajat untuk guna hanya rm50, anda dihadkan rm10 untuk stationary manakala rm40 untuk buku

rm10 untuk setiap keping baucer dihadkan hanya untuk stationary.

stationary tak wajib dibeli tap kalau nak beli mestilah tidak melebihi had

Hasani bookstore memberikan baucer percuma berjumlah rm5 untuk penggunaan baucer sebanyak rm50

Popular bookstore memberikan baucer percuma sebanyak rm20 untuk penggunaan baucer sebanyak rm150

Saturday 9 March 2013

Jog Time

Assalamualaikum.

Salam jumaat ye penduduk bumi Allah :-) Visitors sekalian pasti pernah dengar bahawa hari jumaat ialah penghulu segala hari sebabnya hari kiamat akan berlaku pada hari jumaat. Allahu akbar.

Hoyee hoyee lastly impian munirah selama ni successfully grabed. Joging time untuk bulan tiga ni. Alhamdulillah. Bertarikh 8 Mac munirah berkesempatan joging dengan kawan munirah yang super open minded. I called she as 'kak yong' . Seriously dia memang sporting. Memang seronok dapat joke dengan dia. She also reflects her tolerant to other people. Memang bagus untuk dijadikan sahabat.

Satu destinasi menarik yang sesuai untuk jog kat kawasan yan ialah jalan perigi yang rupanya macam highway. Jalan ni baru siap for about 2 years ago. Pemandangannya subhanallah cantik tak terkata. Those yang stress boleh la datang sini. Munirah berani jamin half of the problem korang boleh fikir positif dan dah ada spirit untuk majukan diri.

We jog from titi hayun to perigi road. Sebenarnya tak jog pun. We just walking while muhasabah diri. Elok2 sampai kat perigi road, kami terdengar alunan zikir yang sangat merdu dari corong pembesar suara. Ya Allah semoga orang yang pasang cd zikir tu dapat pahala. Dah la nyaman ditambah pulak dengan alunan zikir. Memang plus plus nyaman.

As usual, let pictures talk more :-)

Perfume sebagai penyelamat ketika proses perkumuhan giat beroperasi.