Wednesday 27 March 2013

Appreciation's Day

Assalamualaikum and hi ;)

Dah lama munirah tak update entry... kira-kira 2 minggu.... seriously rindu sangat-sangat kat blog comey ni...pink-pink gitu....okay seronok tak terkira sebab kak Fatin Liyana dah update two entries... kak Maria Elena ?? munirah tak counting pulak sebabnya kak Maria Elena always update entry....

Setinggi rasa kesyukuran dari hambaMu yang kerdil ini kerana diberi kecerdasan otak untuk berfikir dan kecergasan tubuh badan untuk menjalankan ibadah...Alhamdulillah tenaga muda masih kuat... some people tenaga mudanya sama seperti tenaga majoriti veteran... Result stpm telah ku dapat..ku renung..ku berfikir...bibir ukir senyuman....Alhamdulillah syukran;)

Actually, munirah tak jangka yang munirah boleh dapat result cenggini sebabnye munirah memang selalu amalkan study last minute... itu memang habit munirah.... memang susah untuk cure....takpe munirah cuba untuk buang kemalasan munirah ni slowly asalkan nanti i can grab the perfectness...

muka tak bermaya....actually time tu memang sleepy sebab last night munirah burning the oil ( minyak tanah)

munirah yang ada tulisan kuning tu...inilah para penerima anugerah pencapaian cemerlang stpm 2012...apa yang penting kita kena usaha, doa dan tawakal

bersama penolong ketua pengawas...muka munirah x match dengan tudung sekolah...looks weird

apa yang penting jangan study last minute tau ;) Allah bagi kita 24 jam... so kita manfaatkan lah 24 jam yang diberi untuk menunaikan ibadah kepada Allah...Harus diingat bahawa study itu ibadah dan jihad tau? biarlah ibadah kita diiringi dengan pahala iaitu berdoa sebelum dan selepas study....Sampai di sini sahaja...thanks;)

Thursday 14 March 2013

Handle Your Stress Wisely

Assalamualaikum

Hidup di dunia ni mesti berpasang-pasangkan . Never mind la human ka animal ka feeling ka . Contohnya kalau ada manis pasti ada masin . Lelaki pasangannya perempuan . Hidup kita tak selalunya manis . Hidup kita juga tak selalunya pahit . Kedua-dua adjektif ni mesti hadir dalam hidup kita , baru la balance . 

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan. Meh munirah nak ajar beberapa tips untuk handle stress korang. Munirah klasifikasikan stress sebagai Akta Api Merbahaya . haha kalau budak law tengok munirah cipta akta ni sahih dorang cakap munirah ni fool . Hoho munirah tak belajar law , munirah belajar ekonomi ja. Jom la kita tinjau tips untuk redakan api kemarahan dan penderitaan kita tu.

# Makan makanan yang sejuk seperti ais krim dan buah tembikai

# Keluar beriadah supaya sistem pernafasan dan perkumuhan berjalan dengan lebih lancar

# Melihat alam semula jadi seperti bukit-bukau, pantai dll

# Ambil wudhu' , baca al-Quran dan solat

# Dengar muzik kegemaran

# Melihat benda yang berwarna hijau

# Baca buku motivasi

# Beritahu masalah kepada orang yang paling rapat dengan kita

# Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus nafas secara perlahan-lahan

# Senyum di hadapan cermin

# Katakan pada diri yang aku kuat ! aku kuat ! aku kuat !

# Cuba bersabar

Ingat ye Allah suka dan sayang pada orang yang selalu bersabar dan redha dengan sebarang ujian. Oleh itu. lets say alhamdulillah on every test and obstacle.

Monday 11 March 2013

How To Use BB1M

Assalamualaikum...

As you know , Malaysia Government is very kind-hearted . BB1M is an acronym of BAUCER BUKU 1 MALAYSIA .... For your information, BB1M ialah perkara yang tercatat dalam bajet 2013 . Bajet 2013 ni membicarakan tentang belanjawan negara where gov will announced belanjawan untuk next year pada tahun sebelum . I mean pengumuman belanjawan negara bagi tahun 2013 akan diumumkan pada tahun 2012. So gov mudah untuk determine apakah pelaksanaan yang dicadangkan itu berjaya ? YOU SEE =))







Okay untuk 2013 , voucher yang diberikan berjumlah RM250 compared last year just RM200 . Alhamdulillah pemberian baucer kepada pelajar STPM , DIP, MATRIK, FOUNDATION, DEGREE ni banyak meringankan beban . Memang munirah bersyukur sangat . But, munirah hairan why some students nak sangat2 tukar baucer dengan wang ? Munirah takut student tu salah guna duit tu . Hai manusia-manusia ... Ibn Khathir berkata : Allah swt menegaskan bahawa cinta dunia telah menyibukkan kamu dari berusaha mencari bekal di akhirat . Dunia ini begitu melalaikanmu sehingga maut menjemputmu lalu engkau berada di dalam liang kubur dan menjadi penghuninya. Ingin munirah jelaskan di sini bahawa biar seteruk mana pun kita cari kemewahan dunia ini akhirnya kita mati dalam keadaan yang serba kekurangan . Hanya kain kapan berwarna putih menjadi pakaian, keranda sebagai alat pengangkutan , liang lahad sebagai rumah , binatang liar sebagai makanan kepada jasad yang berbuat jahat di dunia .

Okay dah lari tajuk . Sekarang kita U-turn . Bila kita dah dapat baucer tu , first sekali kita tulis nama dan i/c kat baucer . Make sure hati2 ye masa tulis nama dan i/c sebab baucer yang ada kesan liquid paper sama sekali tidak diterima. Second , tengok date line sah laku baucer tu .Yela takot pulak kita mengalami kerugian. Bulat besar-besar kat kalendar pada dateline tu. Baru la tak lupa...Third is kita pergi la kat mana-mana bookstore yang sudi terima baucer ni . Ingat ye tak semua bookstore terima baucer ni . 

5 keping baucer diberi di mana setiap keping berjumlah rm50.

jika anda berhajat untuk guna hanya rm50, anda dihadkan rm10 untuk stationary manakala rm40 untuk buku

rm10 untuk setiap keping baucer dihadkan hanya untuk stationary.

stationary tak wajib dibeli tap kalau nak beli mestilah tidak melebihi had

Hasani bookstore memberikan baucer percuma berjumlah rm5 untuk penggunaan baucer sebanyak rm50

Popular bookstore memberikan baucer percuma sebanyak rm20 untuk penggunaan baucer sebanyak rm150

Saturday 9 March 2013

Jog Time

Assalamualaikum.

Salam jumaat ye penduduk bumi Allah :-) Visitors sekalian pasti pernah dengar bahawa hari jumaat ialah penghulu segala hari sebabnya hari kiamat akan berlaku pada hari jumaat. Allahu akbar.

Hoyee hoyee lastly impian munirah selama ni successfully grabed. Joging time untuk bulan tiga ni. Alhamdulillah. Bertarikh 8 Mac munirah berkesempatan joging dengan kawan munirah yang super open minded. I called she as 'kak yong' . Seriously dia memang sporting. Memang seronok dapat joke dengan dia. She also reflects her tolerant to other people. Memang bagus untuk dijadikan sahabat.

Satu destinasi menarik yang sesuai untuk jog kat kawasan yan ialah jalan perigi yang rupanya macam highway. Jalan ni baru siap for about 2 years ago. Pemandangannya subhanallah cantik tak terkata. Those yang stress boleh la datang sini. Munirah berani jamin half of the problem korang boleh fikir positif dan dah ada spirit untuk majukan diri.

We jog from titi hayun to perigi road. Sebenarnya tak jog pun. We just walking while muhasabah diri. Elok2 sampai kat perigi road, kami terdengar alunan zikir yang sangat merdu dari corong pembesar suara. Ya Allah semoga orang yang pasang cd zikir tu dapat pahala. Dah la nyaman ditambah pulak dengan alunan zikir. Memang plus plus nyaman.

As usual, let pictures talk more :-)

Perfume sebagai penyelamat ketika proses perkumuhan giat beroperasi.

Thursday 7 March 2013

Money and Student

Assalamualaikum semua :-)

Hari ni mood nak bold semua sentences. Macam ada benda penting je nak bagi tau? Ye mesti la ada benda penting. Syukur Ya Allah sehingga kini mun diberi rezeki even tak melimpah ruah.

Hari ni munirah dapat buku biasiswa. Wewit seronoknya nak tengok ringgit ringgit dalam buku akaun. Tengok-tengok nilai ringgit sama je. Upset seketika. Tapi syukur sebab boleh buat kad. Senang sikit nak keluarkan wang. Kuota RM150 untuk 2 bulan. Ok la tu kan. Lebih untung lagi bila kad bank tu student boleh pegang sendiri. Buku bank ja yang student kena bagi kat cikgu. Ok lah tu :-)

Many buddies always ask me about the same question? Macam mana munirah selalu ada duit? Simple answer je. Saving. Yeah setiap orang wajib mempunyai simpanan sendiri. Setiap bulan mesti ada saving at least rm30. Yang ni untuk student ye.

Second, beranikan diri anda untuk menceburi bidang perniagaan. Pekerjaan Rasulullah ialah peniaga. Perniagaan memberi kepuasan diri yang optimum dan minimum kerana adanya pasang sarat. Untungnya mak munirah memang businesswoman. Iks je. Even sibuk dengan belajar tapi munirah cuba cari satu hari yang betul2 munirah lapang dalam minggu tu untuk buat kuih. Kemudian munirah letakkan kuih tu kat kedai. Dalam seminggu boleh la dapat rm80. Ok la daripada tak dapat apa-apa kan. 

Jangan takut dan malu untuk buat bisnes online sebab dengan adanya bisnes online, permintaan barang jualan anda lagi meluas. Kamu cuma perlu duduk di rumah dan ulang alik ke post office untuk poskan barangan. Pastikan barang yang anda jual masih baru dan berkualiti. Kamu kena ingat bisnes ni ada pasang surut. So cuba la beringat-ingat bila anda selalu mendapat keuntungan. Simpan wang anda sebaik mungkin :-)

Tabungan masa kini menentukan masa depan anda.

Monday 4 March 2013

Seeker of Peace

Assalamualaikum dan salam sejahtera , salam 1 Malaysia .

Thanks for reading this entry ( sepatutnya ayat ni ayat last ) . Okay today is Monday , 4 March 2013 . Today juga perwira-perwira negara dibawa balik ke kampung halaman masing-masing dengan pesawat ihsan  . Okay jom sedekahkan al-fatihah untuk perwira-perwira negara kita . DONE ? Alhamdulillah :) Sudah pasti mereka mendapat pahala jihad . Subhanallah untung mereka . Pencerobohan di Lahad Datu , Sabah telah menggugurkan lapan orang anggota polis negara kita . Tetiba teringat peristiwa Bukit Kepong dan arwah Leftenan Adnan . Mak munirah cerita leftenan adnan dimasukkan ke dalam guni kemudian digantung di atas pokok . Kemudian , pihak komunis tikam leftenan Adnan . Ya Allah ! Sesungguhnya mereka mati syahid . Sesungguhnya sebaik-baik tempat menetap dan kediaman ialah syurga . 

Munirah memang terasa sangat-sangat dengan perjuangan dan pengorbanan perwira-perwira negara . Ayah munirah merupakan pesara anggota polis . Abang sulung munirah bekerja sebagai pegawai tentera darat . Abang kedua sebagai anggota polis . Abang ketiga bekerja sebagai anggota tentera udara . Abang ipar bekerja sebagai anggota tentera laut . Family munirah memang cintakan semangat patriotisme . Pantang ada cerita atau filem pasal badan beruniform , wajib untuk kami tengok . That is why munirah ni tegas , garang . Hihihi kantoi sudah . Munirah pun sedar kawan-kawan kata munirah skema . Munirah tak kisah sebab munirah dah biasa dengan rules . Rules taught me how to be more discipline . Indeed , i am very thankful to Allah .