Friday 12 April 2013

Cuci Mata di Gunung Jerai

Assalamualaikum :)

Jauh perjalanan , luas pemandangan ....Ya , saya setuju sangat :) Lagi sebulan munirah akan menduduki peperiksaan untuk penggal ke-2...preparation tak payah tanya la kan....masih tak cukup...wink wink....dah last minute ni kita tak boleh struggle sangat...tak semestinya kita kena belajar berjam-jam tanpa keluar melihat keindahan alam...warna hijau dapat menyegarkan kita, memberi ketenangan kepada kita...so gunakan mata kita untuk melihat alam semulajadi yang berwarna hijau...

Kelmarin, hari Jumaat rancangnya tak pergi mana-mana...hanya nak duduk kat rumah dan study...pukul 11 pagi tiba-tiba ada satu mesej masuk dari sorang kawan (nama dirahsiakan)..." mun, jom kita pergi hospital...nak derma darah la...kita pergi pukul 12.30".....oleh kerana nafsu tak kuat, munirah pun setuju....kami tunggu di kaunter hadapan opd (out patient department) atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Jabatan Pesakit Luar....Suddenly ada staff nurse lalu dan dia cakap OPD off hari ni...kalau nak derma darah datang waktu pejabat...upset okay...so we rest under a shady trees...masih di kawasan hospital....ops lupa...kitorang pergi bertiga...so kami buat keputusan nak pergi bank rakyat kat gurun...duration is 30 minutes...so kitorang pergi...terasa awal lagi ... so we decide to go to the Jerai Mount ....

Mujur lah KFC dekat je dengan Bank Rakyat....Hape tunggu lagi KFC kami serbu...Tiga kotak Cheezy Wedges, Satu bekas besar corleslaw, satu bekas besar kentang putar, dan tiga kotak zinger burgers....total rm44 ringgit....so kitorang bertolak la ke Gunung Jerai....first time mun datang sini...cadangnya hendak naik sampai ke puncak :) waktu kami pergi tu hujan rintik-rintik...munirah risau jugak ... tapi hanya mampu berdoa sebab impian nak sampai puncak gunung hari tu jugak....hokay 12 kilometer untuk sampai puncak....jalan tar untuk naik ke atas...nak naik dengan moto boleh....nak naik dengan kereta pon boleh...nak naik dengan jalan kaki pun lagi boleh....

sambil menikmati keindahan alam munirah baca ayat kursi...kata orang kat gunung jerai ada banyak perkampungan bunian...entah la....tempat yang dikatakan sahih ada perkampungan bunian adalah di Telaga Tok Syeikh...tempat ni la kami pergi....ramai orang bawa botol air untuk mengambil air telaga tu...kata orang air telaga tu mampu merawat penyakit-penyakit mistik dan dikatakan sebagai penawar penyakit2 yang lain...entah betul entah tidak....mak munirah sarankan munirah untuk tidak percaya akan kelebihan air tu...takot2 syirik...sebaik-baik air ialah air zam-zam...kat telaga itu la kami lunch...

then kitorang pergi The Regency Jerai Hill Resort...duration 5 minit dari Telaga Tok Syeikh...Resort ni berada pada ketinggian 986 meter dari aras laut...hanya mampu berkata subhanallah alhamdulillah allahu akbar....dari atas nampak laut, pulau, dan seluruh kawasan Yan...seronok tak terkata...then kitorang keliling kawasan resort...ada swimming pool ...untuk kids and adults...seriously seronok....dan juga ada buggy joyride....kemudian munirah whispered kat kawan " nanti kita datang sini nak tak? kita check in satu malam"....tanpa diduga dorang setuju....pukul 5 lebih kami bertolak balik...satu pengalaman yang manis tak terkata...harap munirah dapat datang sini lagi...for more info, please refer to http://jeraihill.theregency.com.my/.....

For the last, maaf tiada gambar sebab lupa nak bawa kamera....Hope you guys like this entry....IF YOU APPRECIATE THE BLESSINGS OF GOD, YOU WILL HAVE PIECE...LOVE OUR NATURE, PLEASE !!!

No comments:

Post a Comment