Friday 24 August 2012

KEBERSIHAN DIRI DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI

Assalamualaikum pembaca sekalian . . Today mun nak share tips untuk menjaga kebersihan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki . . Kebersihan itu separuh daripada iman . . bila bersih , mesti nampak cantik kan . . bak kata pepatah Arab , ALLAH ITU CANTIK LAGI SUKAKAN KECANTIKAN :)

RAMBUT
Menggunakan ramuan tradisional iaitu minyak kelapa . . Caranya , masak santan asli sehingga pecah minyak , kisar santan dengan daun pandan dan akhir sekali gaul sehingga sebati . . perlu diingat juga elakkan mencuci rambut dengan kuku kerana kulit kepala boleh terluka dan menyebabkan pertumbuhan kelemumur

MUKA
kulit wajah sangat sensitif . . 3 benda penting dalam membentuk wajah yang sihat . . pencuci , toner dan penyegar . . bagi penyegar , kita boleh buat sendiri dengan menggunakan ramuan tradisional iaitu penyegar mentimun . . kita perlukan 3 biji mentimun yang dikisar halus dan 3 cawan air suam yang dicampurkan bersama dan digaul sehingga sebati . . simpan di dalam peti sejuk dan guna bila perlu . . hanya perlu sapu pada wajah . . senangkan :)

GIGI
Rasulullah bersugi setiap kali sebelum solat . . cara senang nak nak jaga gigi adalah minum air putih dan kumur selepas makan . . Elakkan minum air berkarbonat ,merokok , dan pengambilan minuman beralkohol . . kita juga boleh menggunakan chewing gam tang takda gula untuk membersihkan sisa makanan yang terdapat di celah gigi dan buat dental check up 6 bulan sekali . . kalau nak putihkan gigi pulak , senang je caranya . . ambik garam halus , campur dengan ubat gigi . . simple je tapi amalkan selalu . .

BIBIR
kalau nak dapatkan bibir merah bak delima , sapukan madu di bibir sebelum tidur :)

KUKU
rajin-rajin la mengetip kuku .

BADAN
nak hilangkan bau badan , gunakan limau kasturi . sapu je kat badan . . jangan lupa pula hiriskan limau kasturi tu dulu

Monday 20 August 2012

the first post

assalamualaikum sebagai pembuka bicara . . kat sini mun nak share rahsia di sebalik mun letak nama blog mun sebagai business and economy study . . actually , business tu berkaitan dengan minat mun . . mun suka urusan jual niaga . ia sangat adventure dan menyeronokkan . . Baginda nabi muhammad s.a.w sendiri terlibat dalam dunia perniagaan sejak baginda masih kanak-kanak . i hope one day i can to royal in entreprenuer . . sekarang mun cuma jadi pekerja mak dalam membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih bakar cina , kuih bakar kacang , kuih bakar kelapa (guna air kelapa) , kuih samperit , kuih bunga matahari dan juga kek basah . . mun masih study . . mun pun nak la duit poket sendiri kan . . that is why i am helping my mother's business . . and then mun save salary dalam account mun untuk kegunaan pada masa hadapan dan kecemasan dan kehenadak dan keperluan . . banyak pulak DAN . . kalau cikgu bm mun baca sahih kena perli serta merta and then explain detail kenapa letak DAN banyak sangat in a sentence . . seterusnya , mun letak economy study ni sebab mun pelajar jurusan ekonomi . . cita-cita mun nak jadi pakar ekonomi . . InsyaAllah kalau mun usaha lebih mun akan dapat grab cita2 mun tu :)mun harap anda semua sukakan mun punya first post . . maaf kalau blog x lawa sebab mun tak kreatif dan inovatif . . kalau ada pesanan atau sebarang pertanyaan , boleh la rujuk http://www.facebook.com/munirah.mansor.3?ref=tn_tnmn

TERIMA KASIH :)