Tuesday 18 December 2012

Sabar

Assalamualaikum as usual. Kali ni post aku tulis dalam fon. First time kot. Baru je install blogger app dlm fon ni. Malas plak aku nak buka laptop.Ok topik kali ni ialah sabar. Err aku memang tabik spring la kpada org yg sabar. Yela sebarang dugaan ditempuh tanpa sebarang rungutan. As you know, Allah bg ujian kt kita sbb Allah tahu kita mampu untuk tempuh dugaan tu. So be strong and patient la. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. :-) piece yoo.

Cuba kalian bg tau aku manusia mana yang takda ujian sepanjang hidup dia. Mesti ada kan. Para nabi dan rasul pun ada ujian kan. Macam2 tentangan mereka dapat. Tapi dengan kesabaran hati akan menjadi tenang. Yes! Aku berani jamin hati kau tenang. Asalkan kamu tak mencipta musuh kamu. Mencipta musuh? Lu pk la sendiri. Hehe malas pulak nak explain. FYI, aku pun sedang menempuh ujian yang sangat hebat. Ouh great test! Based my own studying, increasing in age will caused increasing in life obstacles too. Tudia ayat. Haha takpa asalkan berani mencuba guna bahasa inggeris. Baru la aku sedar, waktu kecik2 cili padi dulu rasa hepi ja. Tak payah nak fikir pasal kewangan. Yang selalu fikir ialah tentang makanan. Yeah makanan. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan! Tapi ujian hidup jugak mendorong kita menjadi lebih matang. The test teaches us how to solve the problems professionally. Guna akal untuk selesai masalah. Tau kan apa beza manusia dengan haiwan? Manusia ada akal tapi haiwan takda. So guna la akal yang Allah bagi sebaik mungkin.

Sabar jugak perlu dalam melayan karenah masyarakat. Huhu terutamanya melayan mulut pot pet kaum hawa macam aku ni. I am very sure kalian tahu majoriti penghuni neraka terdiri daripada kaum hawa. Yela kaum hawa suka sangat jaga tepi kain orang. Alhamdulillah aku dah insaf. Dulu aku mengumpat orang. Sekarang tak dah. Aku fikir buat apa la aku nak mengumpat orang. Aku dapat dosa la. Mak aii aku taknak la buku timbang amal sebelah kiri lagi berat daripada sebelah kanan. Alamatnya payah la nanti aku nak meniti atas titian sirat. Seriously takut. Apa yang aku buat sekarang, bangun pagi2 aku bersyukur kerana dapat peluang hidup dan dapat tingkatkan amal kebajikan. Then berdiri tegak depan mirror while smiling and said to myself that i want to be better than yesterday. Satu je statement yang paling aku suka. Statement ni aku buat sendiri. ORANG YANG PERNAH BUAT DOSA BESAR DAN KEMUDIAN MELAKUKAN TAUBAT AKAN MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK DARIPADA YANG SEDIA BAIK. Bila orang tu dah bertaubat dengan seikhlas hati, aku pasti dia lebih menjaga halal haram dalam kehidupan dia supaya nak dapat keredhaan Allah. Begitu jugak dengan aku. Bila nak berhijrah jadi lebih baik memerlukan pengorbanan yang amat besar. Pengorbanan dari segi rohani, mental dan fizikal. Mental yang kuat memandu rohani yang suci. Nak tau kenapa? Situasi masyarakat sekarang bila tengok someone tu berubah baik, mula la cacian dan umpatan dilontarkan. That is why mental kau kena kuat. Kau kena ingat dalam hati kau ada Allah. And kau mesti tau betapa kuatnya Rasulullah menempuh tentangan pihak2 lain bila nak sebarkan agama Islam. Bukan setakat cacian malah dibaling najis. Astaghfirullah. Saranan aku ignore je apa yang orang nak kata. Nanti pada hari kebangkitan anggota badan yang berkata2. Okay! FYI again, dulu aku seorang insan yang lemah. Bila orang tinggi suara sikit aku dah nangis. Macam budak kecik. Aku jadi seorang yang kental bila aku selalu kena marah dengan ayah aku. Hari2 aku kena marah. Dah lali aku dengar. Set je dalam minda as long as you show the good moral, one day dia akan rasa malu. Tapi kau kena sabar la. Aku rasa cukup la apa yang aku kongsi ni. Sekian

No comments:

Post a Comment