Thursday 7 March 2013

Money and Student

Assalamualaikum semua :-)

Hari ni mood nak bold semua sentences. Macam ada benda penting je nak bagi tau? Ye mesti la ada benda penting. Syukur Ya Allah sehingga kini mun diberi rezeki even tak melimpah ruah.

Hari ni munirah dapat buku biasiswa. Wewit seronoknya nak tengok ringgit ringgit dalam buku akaun. Tengok-tengok nilai ringgit sama je. Upset seketika. Tapi syukur sebab boleh buat kad. Senang sikit nak keluarkan wang. Kuota RM150 untuk 2 bulan. Ok la tu kan. Lebih untung lagi bila kad bank tu student boleh pegang sendiri. Buku bank ja yang student kena bagi kat cikgu. Ok lah tu :-)

Many buddies always ask me about the same question? Macam mana munirah selalu ada duit? Simple answer je. Saving. Yeah setiap orang wajib mempunyai simpanan sendiri. Setiap bulan mesti ada saving at least rm30. Yang ni untuk student ye.

Second, beranikan diri anda untuk menceburi bidang perniagaan. Pekerjaan Rasulullah ialah peniaga. Perniagaan memberi kepuasan diri yang optimum dan minimum kerana adanya pasang sarat. Untungnya mak munirah memang businesswoman. Iks je. Even sibuk dengan belajar tapi munirah cuba cari satu hari yang betul2 munirah lapang dalam minggu tu untuk buat kuih. Kemudian munirah letakkan kuih tu kat kedai. Dalam seminggu boleh la dapat rm80. Ok la daripada tak dapat apa-apa kan. 

Jangan takut dan malu untuk buat bisnes online sebab dengan adanya bisnes online, permintaan barang jualan anda lagi meluas. Kamu cuma perlu duduk di rumah dan ulang alik ke post office untuk poskan barangan. Pastikan barang yang anda jual masih baru dan berkualiti. Kamu kena ingat bisnes ni ada pasang surut. So cuba la beringat-ingat bila anda selalu mendapat keuntungan. Simpan wang anda sebaik mungkin :-)

Tabungan masa kini menentukan masa depan anda.

No comments:

Post a Comment