Sunday, 24 February 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Ahlan wasahlan to the new followers. Ouh former followers too. Blog munirah still macam ni. Simple dan tak banyak decoration. Tak pe nanti bila terbuka hati nak decorate munirah buat la ye. Buat masa sekarang munirah takda mood dan agak busy dengan assessment untuk subjek pengajian am. Everything gonna be complicated. But i believe that Allah will simplify every task if i always remember Him.

Kali ni munirah bertouch-2 pulak untuk menaip entry ni. Mata ni sebenarnya dah pedih tapi sanggup berkorban demi blog tercinta ni. Blog tempat mencurahkan ilmu, idea dan pengalaman. Rasanya dah 2 minggu munirah tak jenguk blog ni. Tapi rajin pulak pi tinjau blog maria elena dan fatin liyana. FL masih dengan mother nature. Maria elena? Oppss sorry kak maria munirah terlupa. Dan the latest entry from Diari Rindu Muhsin dan Mira titled Manis Pertemuan dan Manis Perpisahan kottt! Lebih kurang macam tu la.

I finished all tasks well. Iron baju sekolah, DONE! kemas buku dalam beg, DONE! Gosok gigi dan cuci muka, DONE! minum susu, DONE! Makan makanan kesihatan sarang burung walit, DONE! Pakai serum, DONE! Wudhu ' DONE! Muhasabah diri bersama insan istimewa, DONE. Alhamdulillah everything was successfully finished in a short period.

Munirah bersyukur sangat sebab Allah dah memudahkan segala urusan hanya disebabkan amalan berselawat ke atas nabi. Ingat la. Kita akan mendapat syafaat dari Rasulullah di hari kiamat terutama waktu meniti titian sirat. Moga munirah antara golongan yang mendapat syafaat dari Rasulullah. Maaf munirah rasa mengantuk sangat2. Tunggua nanti munirah post entry pulak.  Saya sayang Rasulullah

Monday, 18 February 2013

Kasihnya Seorang Ibu

Assalamualaikum ya saudara .

Sekarang dah masuk pertengahan bulan dua . that mean munirah dah bersekolah selama satu bulan dan dua minggu untuk tahun ni . baru je dua bulan terasa bagaikan dah tujuh bulan bersekolah sebab assignment bertimbun-timbun . tak pe tak pe this was my new experience in preparing assignment . actually best jugak ooww buat kerja yang rumit-rumit ni . rasa challenging sangat . ohhooo terasa diri ni dah berumur 24 tahun .

Biasa la student needs a lot of money to pay fee , buy guide book and many more . Honestly sekarang munirah ada financial problem sebabnya most of school stuffs guna duit munirah sendiri . Sekarang duit simpanan sendiri less of one hundred . oh no ! duit baju , yuran kelas tambahan tak bayar lagi ni . acaner ni ?
One day that is yesterday , munirah saja berborak dengan mak sambil tekun buat graf hubungan antara suhu bandar x dengan bulan untuk subjek geografi alam sekitar fizikal . rasa macam dah master buat graf . smooth je . alhamdulillah =) dok tengah-tengah bersembang , munirah saja tanya mak pasai nak income lebih . nak buat preparation macam sediakan payung sebelum hujan . macam tu la .

me : mom , i want to gain  a lot of income via my own business . could you give me a permission ?

mom : no need ! (cool face expression) . you should know about your main roles and responsibility . now , you just need to study . please do not think about work and how to gain a lot of income . i can give you a lot of money if your intention is studying .

me : okay mom . (tapi sebenarnya rasa hampa)

Based on the dialog above we can gain one moral value talks about mother's sacrification to see her daughter achieve the success .


YOU KNOW ME WELL ENOUGH , KAN MAK ! SYURGA ANAK TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU . OLEH ITU , CUBA DAPATKAN KEBERKATAN IBU KITA .

Thursday, 7 February 2013

Merentas Desa

Assalamualaikum =)

Hujan lebat membasahi bumi . Sejuk tak menusuk kalbu pun . Hee bau tar jalan sudah menular ke dalam hidung . Rasa loya tapi cool ja ek . Hari Khamis bertarikh 7 Februari 2013 adalah hari yang amat bermakna bagi pihak SMK Yan sebab berlangsungnya program atau pertandingan merentas desa . Pertandingan merentas desa ni merupakan salah satu program mega sekolah ... giga mega hecto deca deci centi milli mikro nano pico .... hok aloh dok teringat fizik watpe ... skunk mu blajo ekonomi . hee sebenarnya benda2 alah ni la yang aku hafal tiap hari . sampai sekarang aku ingat . oh cool saja .

Sixth former tak payah lari la . Seronok kemain . Jaga check point ja . dari sekolah nak pi tempat check point tu kira-kira 1km . penat ohh even naik basikal sebab jalannya berbukit . aku ni bengap dah bila tak change gear basikal tu .. sebab tu berat lain macam .. dah tu duk complain sorang-sorang . nak wat guane dah lama tak cycling bicycle . sebelum cycling tak stretching dulu . habis otot-otot tegang . nasib baik tak pitam . baju PPU habis lencun dibasahi oleh peluh busuk . busuk pun busuk la asalkan kesihatan terjamin . tak gitu ? Untungnya aku bawak kamera cabuk berharga rm399 . kualiti tak terlalu tinggi tapi its ok . asalkan gambo tu aku boleh buat kenangan . fullstop.



my classmate . pra u2 ekonomi . takda sorang pun yang miss . semua hepi2 je . enjoy the programme till the end =)



cuba teka ni sapa ? ni aku la (munirah anak datuk mansor) haha . maaf time ni sunrise . sebab tu la pic macam blur-2 ja


my group members . shikin and izati .


saja posing . peace no war ye !


suka gambar ni sangat-sangat even nampak biasa . tapi dalam hati kata ada sesuatu yang unik . apakah ? cercari cercari .


my group members .... CP3


dengan basikal masing-masing . oh so sweet =) yang laki tu nemanya faizal (our group leader)


seriously aku suka gambo ni . senyuman aku nampak gigi sikit . oh so kiut (beauty conscious)


basirah dan afiqa shazwana =)


apo kono zati ni eh ? kempunan nak pakai spek ka ? gambo ni pun aku suka . nampak biasa ja . maybe senyuman aku tu lagi lagi dan lagi menawan .


Amacam ? dah puas ? semua gambo ni biasa-biasa ja tapi bagi kami kami dan kami yang terlibat ni berasa sangat teruja . Sebabnya kami paku baju PPU yang bharu lagi cantik dan ceria . aku  berharap sangat kita dapat memahat memori bersama-sama lagi . And HAPPY CHINESE NEW YEAR !

Wednesday, 6 February 2013

KEHENDAK ATAU KEPERLUAN ??

Assalamualaikum =)

hee sekarang tepat jam 5.43 a.m . Bermakna saya bangun awal :) sempat lagi nak berblogging before going to school . You guys , hari ni sekolah saya anjurkan program merentas desa . The luckiest is sixth former tak payah kena lari . Just jaga checkpoint dan tolong-tolong cikgu . 

Kehendak atau keperluan ni merupakan sebuah tajuk yang membicarakan tentang pengurusan wang dalam kalangan pelajar bagi mengelakkan bad financial problem . Nafsu teenager ni paling kuat di antara lain-lain peringkat umur . Pantang je nampak duit terus buat list barang nak beli . Hoho you guys better ucap alhamdulillah sebelum berangan nak beli benda entah apa-apa . Duit itu penting . Aku pun pernah tersalah guna wang tu . Dah la beratus-ratus . Ieee kenapa la aku jadi macam tu . Tapi sekarang semuanya dah ok . Wang dah boleh disimpan . Bahagianya =) .

How to manage the money wisely ? first and foremost , kamu kena list barang yang kamu perlu sangat-sangat . Sebagai contoh , you must buy an exercise book , beli stationary yang tak cukup lagi , bayar yuran yang wajib kamu bayar . Kehendak pulak meliputi keinginan kita untuk memiliki sesuatu barang . Ya kehendak itu tidak terbatas . Tapi cuba la tengok taraf ekonomi kamu macam mana ya . contoh kehendak ialah nak memiliki beg tangan , nak fon samsung galaxy note and many more .

saya rasa saya cuma bagi one way to manage the money wisely . saya kekangan waktu ni . nak mandi-mandi dahulu . assalamualaikum =)

Wednesday, 30 January 2013

AMALAN SEHARIAN

Assalamualaikum =)

Setiap orang pasti ada amalan tersendiri kan ? Sama ada baik atau buruk . Alhamdulillah amalan ini saya praktikkan dari tahun lepas lagi . Khususnya ketika waktu persekolahan . Nak tahu ke ? Jom terjah !

5 pagi : Time ni wajib aku bangun tidur . Kadang saya terjaga je sebab dengar bunyi loceng berdering . Pastu tidur balik .  Tapi selalunya bangun mandi , solat sunat , ulang kaji , iron baju sekolah , masak untuk sarapan , solat subuh .

7 pagi : Mula bergerak ke sekolah . Sebelum tu baca selawat tafrijiyyah at least sekali . Kena pergi awal la nanti susah nak cari parkir . Adoyai =(

1.20 petang : Time ni dah tamat waktu persekolahan sesi pagi . Hooray bestnya . Saya selalunya orang yang terawal keluar dari kelas . Honestly saya tak selesa duk kat sekolah lama-lama sebab saya sukakan suasana yang sunyi . Mudah nak layan perasaan . Kalau kat sekolah kan bising-bising . Oh tak suka tak suka ! Bila balik rumah , saya akan makan dahulu , mandi , solat dan makan . Ya makan itu penting . Even saya makan banyak tapi body maintain kurus macam tiang gol . Kemudian saya akan tidur untuk satu jam . Lama ka ? Tapi bagi saya tempoh satu jam itu cukup membuatkan saya berasa segar untuk buat sebarang kerja . 

4 petang : Dah start buat kerja sekolah . bagi siap jugak waktu petang . waktu malam boleh ulang kaji . Bila masuk waktu jangan lupa solat pulak .

6 petang : Ikut mood . kekadang duk dalam rumah online facebook , tengok tv ka . Kalau rajin pergi pantai . Amik angin la katakan =)

7 petang : Tengok tv3 . haha sama jugak bila masuk waktu solat la .

9 malam : Start dah revise the previous lesson . 

12 malam : Tidur dah kot =)

#bila masa nak mesej insan yang teristimewa#
#sambil-sambil la you guys#

Saturday, 26 January 2013

TAUBAT

Assalamualaikum muslimin wal muslimat .

Saya ini manusia . Ada akal dan perasaan . Alhamdulillah tubuh badan ini dipinjamkan dengan sempurna . Mampu untuk menggalas segala kewajipan . In shaa Allah . Namun kudrat perempuan tidak sekuat kudrat lelaki . Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam ketika Adam sedang tidur . Ketika Adam terjaga , Adam mendapati bahawa Hawa sudah berada di sisi bagi mengubat kesepian ketika berada di dalam syurga . Kerana nafsu yang kuat melebihi dari iman , Adam dan Hawa dihantar ke muka bumi Allah ini kerana mereka melakukan apa yang dilarang Allah . Apa dosa mereka ? Mereka telah memakan buah dari pohon yang dilarang Allah . Mengapa mereka melakukan larangan Allah ? Iblis yang menghasut mereka . Lalu Adam dan Hawa memohon taubat kepada Allah . Allah menerima taubat mereka .

Apakah beza manusia sekarang dengan manusia zaman dahulu ? Pada pendapat saya tidak ada yang berbeza . Iman dan nafsu telah diberi . Tetapi bagaimana kita memelihara iman dan nafsu ? Senang sahaja . Kalian pernah tak dengar solat yang khusyuk dapat mencegah kemungkaran ? Ya benar ! Solat yang khusyuk dapat mencegah kemungkaran . Bila kita khusyuk atau menjaga ibadah kita dengan baik , kita dapat rasakan Allah berada dekat dengan kita . Allah tempat kita mengadu suka dan duka . Begitu juga dengan saya . Saya ada nikmat Islam . Bila dah lahir ke dunia ini , automatik saya sudah beragama Islam kerana keturunan ibu bapa saya menganuti agama yang sama . Sampai sekarang kat kad pengenalan tertera ISLAM . 

Saya pernah buat dosa . Iman tidak setebal mana . Tapi saya tahu Allah Maha Penyayang . Allah sayang saya . Allah beri saya peluang tebus balik dosa kecil dan dosa besar yang pernah saya buat . Mengumpat pun dosa besar tau ! Itu la yang saya buat dulu . Perempuan ini sangat lemah . Mudah untuk buat dosa . Tapi mudah jugak nak masuk syurga . Macam mana ? Jaga aurat , layan suami dengan baik , buat perintah Allah . Memang senang tapi kaum hawa yang menyukarkan . Tetapi kaum hawa adalah majoriti penghuni neraka . Astagfirullah . Sesungguhnya saya takut untuk hidup di dunia ini . Tetapi saya percaya kepada Allah . Saya pasti Allah akan jaga saya kalau saya selalu mencari Allah .



Sayangku ! Bertaubatlah kamu . Bila kamu bertaubat , kamu terasa kamu dipelihara . Percaya la . Cuba buat dengan seikhlas hati . Apa-apa pun sandarkan segala suka dan duka kamu kepada Allah s.w.t . Allah Maha Mendengar . Allah Maha Penyayang .

Friday, 25 January 2013

PERGINYA HAMBA ALLAH YANG MULIA

Assalamualaikum and hi =)

Mati itu pasti . Hidup in shaa Allah . Kita selalu dengar kan dua ayat ni . Ya memang betul . Semua makhluk pasti mati . Alam ini pasti hancur . Bila manusia dan alam ini berakhir ?  itu semua rahsia Allah , sayang . Kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ni perlu mentadbir dan mengurus alam ini sebaik mungkin di samping melakukan perintah Allah . 

Tidak dinafikan majoriti manusia tidak mahu mati dan tidak mahu meninggal pada usia muda . Sayang seribu kali sayang . Semua itu rahsia Allah . Mahu atau tidak kita TERPAKSA TERIMA . Semakin meningkat umur kita , semakin dekat kita dengan kubur . Rumah kata pergi , kubur kata mari . Kubur selalu memanggil kita . Tetapi kita sama sekali tidak dengar . Kalau kita dengar manusia di dalam kubur diazab , pasti semua manusia yang masih hidup melakukan amal kebajikan dan tidak mensia-siakan waktu walaupun sesaat . Hidup ini berpasangan . Ada tua ada muda . Ada sakit ada sihat . Ada kaya ada miskin . Sama jugak ada syurga ada neraka . 

Tapi aimed saya nak cerita pasal perginya seorang hamba Allah yang tawadhu' ketika berada di muka bumi ini .Biar saya bahagikan jalan cerita agar memudahkan pemahaman kalian .

MAKLUMAT DIRI ARWAH
-Namanya Yusof
-Berusia 50-an tapi bujang
-Tinggal bersama kakak
-Bekerja seperti pembantu rumah 
-Menghidap penyakit jantung dan kencing manis (kata orang)

PERIBADI ARWAH
-Menolong membuang sampah jiran-jiran
-Mematuhi segala arahan majikan
-Suka bergurau dengan kanak-kanak
-Cakap yang baik-baik sahaja
-Semua benda yang baik mungkin dilakukan beliau

SEBELUM MENINGGAL
-Beliau menceritakan kepada anak-anak remaja yang lepak di kedai makan bahawa dia bakal kahwin dengan ramai isteri . Disebutkan nama satu per satu . Semua nama yang disebutkan sangat indah . Dikatakan juga bakal isterinya sangat cantik . Namun anak-anak remaja tidak mengendahkan percakapan beliau kerana dikhuatiri tidak waras .
-Berkerass hendak menolong majikan membeli minuman di kedai makan iaitu pada hari Khamis malam jumaat ...
-Sekitar pukul 12 lebih beliau mengadu sakit perut kepada kakaknya . Ketika kakak beliau ambil ubat , beliau terbaring di katil . Bila kakak beliau hendak memberi ubat , beliau sudah meninggal dunia dengan tangan yang sudah diqiam sendiri .
-Pukul 3 pagi saya terjaga dari tidur . Rasa sejuk dan dingin yang teramat sangat . Walaupun tubuh ini berselimut , kedinginan menusuk tulang . Tetapi terasa jugak kenyamanan
-Pukul 6 pagi bangun untuk solat subuh . Mak bagi tahu Yusof sudah meninggal . Rasa tersentak dan sedih sebab semalam baru ja tengok Yusof . Selesai solat subuh saya menyiapkan diri nak ziarah keluarga arwah bagi menatap wajah Yusof buat kali terakhir . Yusof merupakan jiran saya .

KETIKA JENAZAH TERBARING KAKU
-saya diarah membuka kain yang menutupi wajah Yusof . Ya Allah Ya Tuhanku Yusof meninggal dengan mengukir senyuman kerana mungkin arwah Yusof sudah melihat syurga untuknya . 
-Kira-kira 8 pagi jenazah Yusof dimandikan . Pengurusan jenazah berjalan dengan sangat lancar . Hari itu awan mendung dengan hujan renyai yang membawa kenyamanan kepada sesiapa sahaja yang berada di kawasan setempat . Itu kuasa Allah . Sepanjang hidup Yusof , beliau sentiasa bersabar dengan mulut orang . Sama sekali tidak membantah . Allahurabbi . Sampai sekarang saya mengingati wajah Yusof yang sangat manis itu . Moga arwah Yusof ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan ditemani para bidadari . Amin .