Sarawak Part 1 tells us about my first step journey to Sarawak. Tarikhnya 27hb 12. Kami bertolak dari Yan pada pukul 2.30. Syukran to Allah because we safely arrived at 5pm. Pekena mee rebus dulu. Baru la pi kat rumah kak ipar. Kami yang terlibat ialah aku, abang, adik, mak dan mak cik. Kami tidur kat rumah kak ipar untuk satu malam sahaja.
Friday, 28 December 2012
Wednesday, 26 December 2012
Menghormati kedua ibu bapa
Assalamualaikum. ...
Syukur kerana masih bernafas lagi. Allah selalu menguji hamba-hambaNya kan. Termasuklah diri aku sendiri. Aku selaku remaja mesti nakkan sesuatu yang mempunyai kaitan dengan jiwa remaja. Sometime parents kita terlalu tegas dan tak memahami kehendak remaja. Macam tu la jugak dengan parents aku. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tapi aku akur.
One day, aku terlepas kemarahan aku kat parents aku. Yela aku tegur kesilapan diorang. Apa lagi parents aku angin la. Bukan angin kot. Maybe api. Aku yang tak da ketebalan iman pun berapi jugak. Yela sabar pun ada tahapnya. Sampai la satu saat tu mak aku cakap parents aku dah meluat dengar aku berleter. Please lah. Aku bukan berleter tapi aku bagi nasihat.
Sejak kejadian tu, aku menyendiri dalam bilik. Aku nak makan pun dalam bilik. Even ada cerita menarik kat tv, aku tak keluar. Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata. Tapi tak elok jugak tak bertegur sapa. Before sleeping aku muhasabah diri aku. Suddenly aku teringat ustaz cakap anak kena sabar dengan karenah ibu bapa. Insan yang hebat ialah insan yang menahan kesabaran. Aku mengucap astaghfirullah.
Esoknya aku tegur parents aku macam biasa. Tapi aku tegur pun sebab betul-betul penting ja. Aku taknak berbual kosong dengan mak aku. Menambah dosa. Sebab biasanya berbual kosong mesti ada umpatan. Aku herpegang teguh pada prevent is better than cure. Alhamdulillah berjaya. So sekarang aku dah tak buat benda-benda lagha. Dalam bilik aku mengadap buku saja. Tapi time berita aku tengok jugak. Pentingnya isu semasa bagi pelajar form 6 macam aku ni. At least, dengan tindakan aku macam tu aku dapat tahan daripada melakukan kemungkaran. Setiap kejadian pasti ada hikmah
Pengajaran
★jangan derhaka pada ibu bapa
★sabar dalam sesuatu ujian
★berfikir secara profesional dalam menyelesaikan sesuatu perkara
★jangan buat benda lagha
★tuntut ilmu sampai mati
★ingat Allah
SEKIAN
Tuesday, 25 December 2012
Insan lemah
Assalamualaikum......
Aku insan yang lemah. Perlukan bimbingan supaya aku sentiasa berada di jalan yang benar. Aku juga pernah tergelincir dari keimanan. Astaghfirullah. Aku memohon taubat kepadaMu ya Allah. Hehe dua hari lepas, alang-alang mak aku nak cari barang untuk kenduri, aku pun pujuk la mak aku belikan buku rujukan untuk penggal. Ura-ura mengatakan next year aku dapat baucer rm200. Ouh thank you Najib. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Nasib la hari tu mood mak aku baik. Buku untuk semua subjek aku ambik. Amboi. Nampak gayanya kena study smart la. Kena dapat brilliant result untuk banggakan mak abah.
Aku beli buku-buku tu kat Popular (Aneka) . Eh kalau hangpa nak tau pasaraya aneka la yang paling tip top kat tempat aku. Biasa la luar bandar. Tapi aku syukur segala keperluan ada je. After taking all of the chosen text book, i'm going to the novel's part. Mak aik terbeliak mata aku. Banyak novel baru yang diterbitkan. Mak aku permit aku ambik sebuah novel je. Lastly aku ambik novel BILIK 616. sebabnya genre seram. Aku suka cerita seram ni. Then aku tengok kat motivation book part. Buku2 motivasi pun macam best jgk. Tak pe la. Aku ingat nanti2 jela aku beli buku tu. Tak ku sangka. Tak ku duga. Mak aku beli kedua-dua buku motivasi yang aku pendam nak ambik tadi tu. Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusanku.
Bila sampai rumah, aku ambik buku hasil pena prof. Aku baca dan hayati. Tenang jiwa aku. Terima kasih ya Allah
Monday, 24 December 2012
Kelebihan Berilmu
Firstly , saya ingin ucap ALHAMDULILLAH atas rasa syukur saya kepada Allah atas nikmat yang sedia ada ... saya dapat apa yang saya perlu dalam kehidupan saya ... tapi apa yang saya hendak belum dapat lagi ... kehendak manusia tak terbatas ... so jika kita nak gapai kehendak kita mesti la seiring dengan usaha kita , right ! apa yang perlu kita buat ialah fikir positif tentang ALLAH ... bersangka baik dengan ALLAH ... insyaAllah hidup kita akan tenang :))
Saya mula mendapat pendidikan formal since i was 5 years .... saya ingat lagi even Friday , saya tetap nak pergi sekolah ... betapa rajinnya saya dulu ... hehe mak saya yang ceritakan zaman kanak-kanak saya ... banyak cerita yang lucu ... alhamdulillah semangat atau niat ingin menuntut ilme tak pernah pudar sampai sekarang ... Tapi tu la ... sekarang ni banyak sangat dugaan dan penghalang tegar seperti perkembangan teknologi (facebook , online game ) ... saya pun dah hanyut ... tapi syukur sangat2 .... berbekalkan buku motivasi yang mak bagi , saya bangun semula dari hanyutan teknologi .... menggunakan teknologi itu tidak salah ... tapi kita perlu pandang bagaimana kita menggunakan teknologi tu .... sebelum membuat sesuatu , better kita fikir the positive and negative effect ....
Bagi saya , orang yang berilmu itu tidak dapat diperbodohkan ... tahat is why ada pepatah Arab menyatakan "Menuntutlah Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad" dan "Menuntut Ilmu Hingga Ke Negeri China" .... apa yang penting jangan sesekali kita jahil tentang agama kita .... pentingnya ilmu dalam kehidupan kita ... kesan orang yang memiliki ilmu ni akan mempengaruh banyak aspek ... contohnya kemajuan diri , keluarga , bangsa dan negara ...
Sekarang ni cita-cita saya nak dapatkan Ijazah Sarjana dalam course ekonomi ... Mak saya nak sangat-sangat saya jadi lecturer ... In shaa Allah .... bergantung la kepada keadaan semasa ... Saya akan cuba seimbangkan ilmu dunia dan akhirat ...Ilmu dunia juga akan dikira di hari kebangkitan sana ... Moga Allah Memberkati ...
WAHAI UMAT ISLAM , SARANANKU MENUNTUTLAH ILMU SEHINGGA AKHIR HAYATMU ... KAMU LAKUKAN SEPERTI RASULULLAH LAKUKAN .... JANGAN SESEKALI KAMU TERTIPU DENGAN SARANAN BARAT ... KAJILAH AL-QURAN ... BERDAMPINGLAH DENGAN ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH ...IN SHAA ALLAH KAMU MENGERTI APA ITU ISLAM
SEKIAN....
Saturday, 22 December 2012
Azam 2013
Assalamualaikum :-) muslimin dan muslimat sekalian. Lebih kurang sembilan hari lagi dah nak masuk tahun 2013. Last year aku ada jugak pasang azam itu dan ini tapi satu pun tak dilestarikan. So aku nak make sure azam tahun ni dilestarikan. Kalau tak seratus peratus pun takpe asalkan ada jugak inisiatif nak capai azam tu. Aku nak pastikan kehidupan aku pada tahun hadapan lebih baik daripada kehidupan pada tahun ini. Jom tinjau azam dan target aku.
1-Mantapkan lagi ibadah wajib dan menambah ibadah sunat.
2-Taat kepada ibu bapa dan bersabar dalam melayani karenah mereka.
3-Eratkan lagi silaturrahim dengan manusia yang lain. No more gosip and backbiting.
4-Jaga kesihatan. Ikut cara pemakanan yang betul agar tubuh badan sihat dan cergas.
5-Kurangkan hiburan seperti mesej, facebooking, tonton televisyen dan hang out dengan kawan2.
6-Buku sebagai peneman sejati.
7-Kurangkan gelak dan berbual kosong.
8-Save RM1000 dalam masa setahun hasil daripada baki wang perbelanjaan persekolahan.
9-Majukan lagi bisnes mak.
10-Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum
SEKIAN
Tuesday, 18 December 2012
Sabar
Assalamualaikum as usual. Kali ni post aku tulis dalam fon. First time kot. Baru je install blogger app dlm fon ni. Malas plak aku nak buka laptop.Ok topik kali ni ialah sabar. Err aku memang tabik spring la kpada org yg sabar. Yela sebarang dugaan ditempuh tanpa sebarang rungutan. As you know, Allah bg ujian kt kita sbb Allah tahu kita mampu untuk tempuh dugaan tu. So be strong and patient la. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. :-) piece yoo.
Cuba kalian bg tau aku manusia mana yang takda ujian sepanjang hidup dia. Mesti ada kan. Para nabi dan rasul pun ada ujian kan. Macam2 tentangan mereka dapat. Tapi dengan kesabaran hati akan menjadi tenang. Yes! Aku berani jamin hati kau tenang. Asalkan kamu tak mencipta musuh kamu. Mencipta musuh? Lu pk la sendiri. Hehe malas pulak nak explain. FYI, aku pun sedang menempuh ujian yang sangat hebat. Ouh great test! Based my own studying, increasing in age will caused increasing in life obstacles too. Tudia ayat. Haha takpa asalkan berani mencuba guna bahasa inggeris. Baru la aku sedar, waktu kecik2 cili padi dulu rasa hepi ja. Tak payah nak fikir pasal kewangan. Yang selalu fikir ialah tentang makanan. Yeah makanan. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan! Tapi ujian hidup jugak mendorong kita menjadi lebih matang. The test teaches us how to solve the problems professionally. Guna akal untuk selesai masalah. Tau kan apa beza manusia dengan haiwan? Manusia ada akal tapi haiwan takda. So guna la akal yang Allah bagi sebaik mungkin.
Sabar jugak perlu dalam melayan karenah masyarakat. Huhu terutamanya melayan mulut pot pet kaum hawa macam aku ni. I am very sure kalian tahu majoriti penghuni neraka terdiri daripada kaum hawa. Yela kaum hawa suka sangat jaga tepi kain orang. Alhamdulillah aku dah insaf. Dulu aku mengumpat orang. Sekarang tak dah. Aku fikir buat apa la aku nak mengumpat orang. Aku dapat dosa la. Mak aii aku taknak la buku timbang amal sebelah kiri lagi berat daripada sebelah kanan. Alamatnya payah la nanti aku nak meniti atas titian sirat. Seriously takut. Apa yang aku buat sekarang, bangun pagi2 aku bersyukur kerana dapat peluang hidup dan dapat tingkatkan amal kebajikan. Then berdiri tegak depan mirror while smiling and said to myself that i want to be better than yesterday. Satu je statement yang paling aku suka. Statement ni aku buat sendiri. ORANG YANG PERNAH BUAT DOSA BESAR DAN KEMUDIAN MELAKUKAN TAUBAT AKAN MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK DARIPADA YANG SEDIA BAIK. Bila orang tu dah bertaubat dengan seikhlas hati, aku pasti dia lebih menjaga halal haram dalam kehidupan dia supaya nak dapat keredhaan Allah. Begitu jugak dengan aku. Bila nak berhijrah jadi lebih baik memerlukan pengorbanan yang amat besar. Pengorbanan dari segi rohani, mental dan fizikal. Mental yang kuat memandu rohani yang suci. Nak tau kenapa? Situasi masyarakat sekarang bila tengok someone tu berubah baik, mula la cacian dan umpatan dilontarkan. That is why mental kau kena kuat. Kau kena ingat dalam hati kau ada Allah. And kau mesti tau betapa kuatnya Rasulullah menempuh tentangan pihak2 lain bila nak sebarkan agama Islam. Bukan setakat cacian malah dibaling najis. Astaghfirullah. Saranan aku ignore je apa yang orang nak kata. Nanti pada hari kebangkitan anggota badan yang berkata2. Okay! FYI again, dulu aku seorang insan yang lemah. Bila orang tinggi suara sikit aku dah nangis. Macam budak kecik. Aku jadi seorang yang kental bila aku selalu kena marah dengan ayah aku. Hari2 aku kena marah. Dah lali aku dengar. Set je dalam minda as long as you show the good moral, one day dia akan rasa malu. Tapi kau kena sabar la. Aku rasa cukup la apa yang aku kongsi ni. Sekian
Monday, 17 December 2012
First Trial
Hello guys :)
kemarin boring sangat-2 ....tetiba je line wifi takde...ahh kebosanan melanda .... syukran , ada jugak mende yang berfaedah yang boleh aku buat ... saja ja tengok kat movie maker .... pastu try la buat video sendiri ... dlm 5 minit buat rasa nak menyerah diri sebab qenyah sangat ...tapi macam best jugak...teringat cakap mak ... jangan buat keja separuh jalan....so aku nak show la hasil video yang aku buat...
maaf la kalo nampak ketara sangat kesalahan dalam penggunaan b.inggeris ... buat simple sentence ja ...takda aim pun nak buat video ni ... saja suka-2 :) ... saja nak cungkil bakat buat video sendiri .... wakakaka...tak salah kan nak cari ilmu :)) segala luahan dalam video tu ikhlas ye ...hope you guys like it
SEKIAN...