Wednesday 26 December 2012

Menghormati kedua ibu bapa

Assalamualaikum. ...

Syukur kerana masih bernafas lagi. Allah selalu menguji hamba-hambaNya kan. Termasuklah diri aku sendiri. Aku selaku remaja mesti nakkan sesuatu yang mempunyai kaitan dengan jiwa remaja. Sometime parents kita terlalu tegas dan tak memahami kehendak remaja. Macam tu la jugak dengan parents aku. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tapi aku akur.

One day, aku terlepas kemarahan aku kat parents aku. Yela aku tegur kesilapan diorang. Apa lagi parents aku angin la. Bukan angin kot. Maybe api. Aku yang tak da ketebalan iman pun berapi jugak. Yela sabar pun ada tahapnya. Sampai la satu saat tu mak aku cakap parents aku dah meluat dengar aku berleter. Please lah. Aku bukan berleter tapi aku bagi nasihat.

Sejak kejadian tu, aku menyendiri dalam bilik. Aku nak makan pun dalam bilik. Even ada cerita menarik kat tv, aku tak keluar. Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata. Tapi tak elok jugak tak bertegur sapa. Before sleeping aku muhasabah diri aku. Suddenly aku teringat ustaz cakap anak kena sabar dengan karenah ibu bapa. Insan yang hebat ialah insan yang menahan kesabaran. Aku mengucap astaghfirullah.

Esoknya aku tegur parents aku macam biasa. Tapi aku tegur pun sebab betul-betul penting ja. Aku taknak berbual kosong dengan mak aku. Menambah dosa. Sebab biasanya berbual kosong mesti ada umpatan. Aku herpegang teguh pada prevent is better than cure. Alhamdulillah berjaya. So sekarang aku dah tak buat benda-benda lagha. Dalam bilik aku mengadap buku saja. Tapi time berita aku tengok jugak. Pentingnya isu semasa bagi pelajar form 6 macam aku ni. At least, dengan tindakan aku macam tu aku dapat tahan daripada melakukan kemungkaran. Setiap kejadian pasti ada hikmah

Pengajaran
★jangan derhaka pada ibu bapa
★sabar dalam sesuatu ujian
★berfikir secara profesional dalam menyelesaikan sesuatu perkara
★jangan buat benda lagha
★tuntut ilmu sampai mati
★ingat Allah

SEKIAN

No comments:

Post a Comment